Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

21 September 2008

Rasai suasana memancing di Rumah Rakit Tiram







RUMAH Rakit Tiram Fishing & Resort atau lebih dikenali 'Rakit Atan' sememangnya cukup dikenali sebagai salah satu destinasi memancing ikan agak popular di di negeri Johor terutama di sekitar Sungai Tiram. Terletak di muara Sungai Johor berdekatan Pulau Layang, Rumah Rakit Tiram sentiasa menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan mereka yang ingin memancing atau menghirup udara segar sambil menikmati hidangan juadah yang menyegarkan disediakan oleh pengurusan tersebut.

Pengurus tempahan Rumah Rakit Tiram, Puan Siti Aminah berkata , rumah rakit tersebut dibina sejak tahun 2000 sebagai sangkar menternak ikan dengan kos yang kini menelan belanja hampir seratus ribu ringgit. "Memandangkan permintaan tinggi dikalangan para pemancing, maka pihak pengurusan itu bersetuju untuk meluaskan skop perkhidmatan kepada kemudahan memancing dan mula beroperasi sepenuhnya mulai awal tahun 2006. "Selain aktiviti memancing ikan di atas rumah rakit, para pengunjung juga boleh memancing ikan menggunakan perkhidmatan bot, membeli hasil laut pelbagai spesis ikan segar dan melawat tempat bersejarah di sekitar muara sungai Johor dan bermacam-macam lagi,"ujarnya. Kata Siti Aminah, pihaknya juga menyediakan pakej keluarga dan berkumpulan disamping anda berpeluang melihat kunang-kunang pada waktu malam di pesisir Sungai Johor.

Bagi kaki pancing, spesis ikan yang pasti menjadi daya tarikan termasuk kerapu, tentada,daun baru, merah, cermin, todak, talang, duri, gelama dan tebal pipi. Jika ingin merasai suasana lebih menyeronokkan atau memancing dalam tempoh lebih lama, anda tidak perlu merasa gusar kerana pihak pengurusan rumah rakit tersebut turut menyediakan perkhidmatan penginapan dengan harga berpatutan iaitu RM40.00 semalam/2 orang. Mengenai memancing dengan bot, Siti Aminah berkata, pihaknya sentiasa menyusun jadual trip memancing perairan Sungai Johor kepada mereka yang ingin merasai 'trill' memancing ikan yang dikategorikan gred A.

"Perjalanan trip hanya memakan masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam dengan menggunakan bot berkuasa tinggi dengan masa maksima memancing selama 12 jam. "Purata jumlah memancing yang boleh dimuatkan didalam satu bot adalah seramai lapan orang dimana keluasan bot adalah 32 kaki panjang dan 7 kaki lebar," tambah Siti Aminah atau lebih terkenal dengan panggilan manja 'Sayang'. Bagi perancangan masa depan, Siti Aminah menjelaskan bahawa pihaknya mengambil keputusan menutup sementara sepanjang bulan puasa ini untuk melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah rakit tersebut dan akan beroperasi semula selepas hari raya aidilfitri. Bagi kaki pancing atau mereka yang ingin merasai suasana kehidupan rumah rakit, anda boleh mendapat maklumat lanjut atau membuat tempahan melalui Siti Aminah di talian 013-7000050.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...