Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

25 Oktober 2009

Joran Utama gegar Ranking Maut

DALAM usaha menarik penyertaan kaki pancing, Kolam Pancing Joran Utama kini gah dengan aktiviti terbarunya iaitu 'Ranking Maut'.

Terletak di KM9, Jalan Ayer Molek-Tehel, Melaka Joran Utama menyediakan pelbagai hadiah istimewa untuk mereka yang muncul pemenang pada pertandingan yang diadakan dua kali seminggu itu.

INFO AKTIVITI RANKING MAUT JORAN UTAMA
Hari: Rabu malam Khamis
Masa: 8.30 mlm - 12.30 malam.
Yuran Penyertaan: RM27.00/1 joran
Hadiah Utama
Juara: RM400.00
Tempat Ke-2: RM200.00
Tempat Ke-3: RM100.00
Tempat Ke-4: RM50.00
Tempat Ke-5: RM50.00
Tempat Ke-6: RM50.00
Tempat Ke-7: RM50.00
Tempat Ke-8: RM40.00
Tempat Ke-9: RM30.00
Tempat Ke-10: RM30.00

Hari Sabtu malam Ahad
Masa: 8.30 malam - 12.30 malam.
Yuran Penyertaan: RM37/satu joran.
Hadiah Utama
Juara: RM700.00
Tempat Ke-2: RM400.00
Tempat Ke-3: RM300.00
Tempat Ke-4: RM100.00
Tempat Ke-5: RM50.00
Tempat Ke-6: RM50.00
Tempat Ke-7: RM50.00
Tempat Ke-8: RM40.00
Tempat ke-9: RM30.00
Tempat Ke-10: RM100.00
Tempat Ke-11: RM30.00
Tempat Ke-12: RM30.00
Tempat Ke-13: RM30.00
Tempat Ke-14: RM30.00
Tempat Ke-15: RM100.00

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pertandingan di kolam ini, sila hubungi Aji [017-6399700], Cif [012-9104750], Ayie [012-6909929]


Lokasi Kolam Joran Utama


21 Oktober 2009

Tokey Fishing Tackle tawar diskaun hujung tahun

SEBAGAI tanda penghargaan dan sokongan dikalangan para pelanggan, Tokey Fishing Tackle menawarkan potongan sebanyak 10% pada semua produk keluarannya kecuali produk Harga Runtuh (Crash Price), Big Offer,Special Offer dan Electric Reel.

Bosnya yang hanya mahu dikenali sebagai Tokey ketika mengesahkan perkara itu berkata, potongan harga itu bermula sekarang dan akan berakhir pada 31 Disember ini.

Justeru itu, para pelanggan dan rakan-rakan pancing yang ingin membuat pesanan apa yang ditawarkan Tokey Fishing Tackle boleh berhubung terus menerusi email tookee94@yahoo.com atau no mobil +6012 2883755.

Anda juga boleh melayari blog utama Tokey Fishing Tackle. Sila klik disini

16 Oktober 2009

Majlis Daerah Pontian anjur pertandingan memancing 18 Oktober ini

Pertandingan Memancing
Majlis Daerah Pontian
Tarikh: 18 Oktober 2009 [Ahad]
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi: Taman Rekreasi Sungai Rambah, Pontian
Keterangan lanjut:
Hubungi Haidel [012-7532217]

11 Oktober 2009

Aidilfitri Ruskijang Park disambut sederhana tetapi meriah

Kaki pancing Ruskijang Park sedang menikmati hidangan Aidilfitri.Antaranya, Adi Cepoi (kiri) antara otai di kolam ini.

Kaki pancing ceria menikmati juadah sambil berbincang sesama sendiri.

MAJLIS Hari Raya Aidilfitri anjuran Kolam Pancing Ruskijang Park yang dianjurkan buat julung-julung kali malam tadi menerima sambutan cukup memberangsangkan apabila lebih 150 orang pengunjung setia hadir meraikannya.

Jamuan yang bermula dari jam 7.30 malam dikelolakan sendiri tuan empunya kolam, Encik Hamzah Idrus dan para pembantu yang menyajikan pelbagai juadah termasuk nasi impit, lemang, rendang, bihun, kuih muih dan sebagainya.

Majlis yang diadakan berdekatan pintu masuk kolam itu turut dihadiri ramai dikalangan ahli Ruskijang Fishing Park Pro Club yang merupakan sebuah kelab tidak rasmi hanya diwujudkan bagi menyemarakkan akviti memancing di kolam ini dan mengambil bahagian didalam mana-mana pertandingan.

Ia bagaimanapun berakhir pada jam 1.00 pagi sebaik sahaja satu pertandingan Jackpot Mingguan yang diadakan pada jam 8.30 malam selesai.

Dalam perkembangan yang berkaitan, pertandingan Jackpot Mingguan pada kali ini telah dimenangi oleh kaki pancing tetap di kolam ini dikenali sebagai Pak Man yang berjaya mendaratkan ikan keli seberat 5.235kg dengan mengenepikan cabaran 72 peserta lain.

Tempat kedua disandang oleh juara jackpot minggu lepas, Adi Cepoi hasil kejayaan menaikkan patin seberat 1.535kg manakala Rosli, anak kelahiran Sarawak membolot hadiah tempat ketiga dengan penangan spesis ikan yang sama.

Pengunjung sedang mengambil hidangan Aidilfitri Ruskijang Park. Pak Man (kanan) turut kelihatan dan kemudiannya muncul juara pertandingan Jackpot Mingguan.

Kaki pancing Ruskijang Park sedang menikmati juadah Aidilfitri sambil menghirup kedinginan udara nyaman sekitar kolam.

07 Oktober 2009

Setia Unjun: kolam udang galah lain dari yang lain

Ramai kaki pancing teruja memancing di malam hari.

Kelihatan ramai kaki pancing sedang mencuba nasib.

BAGI kaki pancing tegar udang galah, lazimnya menjadikan kolam dalam bangunan sebagai 'port' untuk melepaskan gian terutama yang berada di kawasan bandar besar. Berbeza dengan Kolam Pancing Udang Galah Setia Unjun yang memiliki persekitaran terbuka dan udara nyaman di malam hari.

Terletak di Kampung Batu Dua, Tebuk Pulai Sabak Bernam, Setia Unjun yang mula beroperasi sejak 23 Mei 2009 lalu nyata memberi sesuatu kelainan dan keselesaan yang jauh lebih baik berbanding memancing di kolam dalam bangunan.

Menurut tokey kolam berkenaan, Encik Halim Hamzah, idea mewujudkan kolam pancing udang galah ini adalah hasil dari minat yang cukup mendalam dalam dunia memancing dan rangsangan dari rakan-rakan yang beriya-iya mahukan beliau membuka sebuah kolam udang di daerah Sabak Bernam.

"Sebenarnya saya merupakan kaki pancing tegar dan selalu pergi memancing di tempat orang. Dari situlah timbul minat saya untuk membuka kolam pancing udang ini. Apatah lagi ia dilihat memiliki potensi dan masa depan cerah andai ia diurus dengan baik.

"Saya juga bercita-cita untuk menjadikan kolam memancing ini digemari ramai dan menerima manfaat dikalangan kaki pancing. Bukan sekadar mengaut keuntungan semata-mata tetapi lebih terarah memberi perkhidmatan terbaik dari masa ke semasa," ujarnya kepada JP.

Setakat ini kata beliau, waktu operasi kolam bermula dari jam 8.00 malam hingga 3.00 pagi pada setiap hari kecuali hari Khamis malam Jumaat.

Beliau berkata, bayaran memancing di sini agak berpatutan dan kaki pancing hanya dikenakan bayaran seperti berikut:
  • Minima 2 jam
  • RM10.00 untuk 1 jam
  • RM35.00 untuk 4 jam
  • RM50.00 untuk 6 jam
  • Kad VIP RM50.00 masa memancing untuk jangkamasa 2 minggu
Sebagai menyemarakkan lagi aktiviti di kolam ini, Halim menambah, pihaknya turut menyediakan pakej pertandingan memancing untuk syarikat-syarikat, individu, sekolah, persatuan dan sebagainya dengan kadar caj berpatutan.

"Sekurang-kurangnya bilangan pemancing dalam satu masa harus seramai 50 orang dengan dikenakan kadar bayaran RM50.00 untuk setiap orang beserta kemudahan makan minum. Ia hendaklah dijalankan pada waktu pagi bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

"Bagi yang berminat untuk menganjurkan pertandingan disini, mereka boleh membuat tempahan seminggu lebih awal dari tarikh pertandingan," jelas Halim lagi.

Sebarang pertanyaan berhubung Kolam Pancing Udang Galah Setia Unjun, sila hubungi Halim [012-2240617] atau Hakim [019-3484807] atau layari website Setia UnjunSebahagian kaki pancing setia menanti.

Kolam Setia Unjun turut menerima kunjungan kaki pancing wanita.

"Akhirnya makan juga umpan aku oleh udang galah. Kecik pun keciklah asalkan dapat," mungkin seloroh pemancing muda ini.

Bukan main gembiranya abang kita ini berjaya mendaratkan seekor udang galah bersaiz besar.

"Amacam ok tak udang ini. Kalau dapat buat masak lemak atau goreng sedap ni," ini barangkali seloroh seorang kaki pancing.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...