Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

07 Oktober 2009

Setia Unjun: kolam udang galah lain dari yang lain

Ramai kaki pancing teruja memancing di malam hari.

Kelihatan ramai kaki pancing sedang mencuba nasib.

BAGI kaki pancing tegar udang galah, lazimnya menjadikan kolam dalam bangunan sebagai 'port' untuk melepaskan gian terutama yang berada di kawasan bandar besar. Berbeza dengan Kolam Pancing Udang Galah Setia Unjun yang memiliki persekitaran terbuka dan udara nyaman di malam hari.

Terletak di Kampung Batu Dua, Tebuk Pulai Sabak Bernam, Setia Unjun yang mula beroperasi sejak 23 Mei 2009 lalu nyata memberi sesuatu kelainan dan keselesaan yang jauh lebih baik berbanding memancing di kolam dalam bangunan.

Menurut tokey kolam berkenaan, Encik Halim Hamzah, idea mewujudkan kolam pancing udang galah ini adalah hasil dari minat yang cukup mendalam dalam dunia memancing dan rangsangan dari rakan-rakan yang beriya-iya mahukan beliau membuka sebuah kolam udang di daerah Sabak Bernam.

"Sebenarnya saya merupakan kaki pancing tegar dan selalu pergi memancing di tempat orang. Dari situlah timbul minat saya untuk membuka kolam pancing udang ini. Apatah lagi ia dilihat memiliki potensi dan masa depan cerah andai ia diurus dengan baik.

"Saya juga bercita-cita untuk menjadikan kolam memancing ini digemari ramai dan menerima manfaat dikalangan kaki pancing. Bukan sekadar mengaut keuntungan semata-mata tetapi lebih terarah memberi perkhidmatan terbaik dari masa ke semasa," ujarnya kepada JP.

Setakat ini kata beliau, waktu operasi kolam bermula dari jam 8.00 malam hingga 3.00 pagi pada setiap hari kecuali hari Khamis malam Jumaat.

Beliau berkata, bayaran memancing di sini agak berpatutan dan kaki pancing hanya dikenakan bayaran seperti berikut:
  • Minima 2 jam
  • RM10.00 untuk 1 jam
  • RM35.00 untuk 4 jam
  • RM50.00 untuk 6 jam
  • Kad VIP RM50.00 masa memancing untuk jangkamasa 2 minggu
Sebagai menyemarakkan lagi aktiviti di kolam ini, Halim menambah, pihaknya turut menyediakan pakej pertandingan memancing untuk syarikat-syarikat, individu, sekolah, persatuan dan sebagainya dengan kadar caj berpatutan.

"Sekurang-kurangnya bilangan pemancing dalam satu masa harus seramai 50 orang dengan dikenakan kadar bayaran RM50.00 untuk setiap orang beserta kemudahan makan minum. Ia hendaklah dijalankan pada waktu pagi bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

"Bagi yang berminat untuk menganjurkan pertandingan disini, mereka boleh membuat tempahan seminggu lebih awal dari tarikh pertandingan," jelas Halim lagi.

Sebarang pertanyaan berhubung Kolam Pancing Udang Galah Setia Unjun, sila hubungi Halim [012-2240617] atau Hakim [019-3484807] atau layari website Setia UnjunSebahagian kaki pancing setia menanti.

Kolam Setia Unjun turut menerima kunjungan kaki pancing wanita.

"Akhirnya makan juga umpan aku oleh udang galah. Kecik pun keciklah asalkan dapat," mungkin seloroh pemancing muda ini.

Bukan main gembiranya abang kita ini berjaya mendaratkan seekor udang galah bersaiz besar.

"Amacam ok tak udang ini. Kalau dapat buat masak lemak atau goreng sedap ni," ini barangkali seloroh seorang kaki pancing.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...