Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

Pertandingan Memancing bersama Jejak Suci pada 11 Ogos 2017

Pertandingan Memancing bersama Jejak Suci pada 11 Ogos 2017

Jelajah Pancing KL di Tasik Metropolitan Kepong pada 13 Ogos 2017

Blog Direktori Memancing

30 April 2009

Ruskijang Park anjur pertandingan memancing esok!


Maklumat lanjut: hubungi Brader Din @ Anoy [013-2243063]
Blog: Ruskijang Park

24 April 2009

Pertandingan Memancing 26 April ini!


Pertandingan Memancing
HERITAGE ULU YAM
Tarikh: 26 April 2009 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Lokasi: Kolam Pancing Heritage Ulu Yam Selangor

Yuran Penyertaan: RM50.00/1 joran
Hadiah Utama
Juara: RM3,000.00
Tempat Ke-2: RM1,500.00
Tempat Ke-3: RM500.00
Tempat Ke-4: RM200.00
Tempat Ke 5-10: RM100.00
Tempat Ke 11-20: RM50.00
1 cabutan istimewa sebuah basikal
14 hamper cabutan bertuah
Keterangan lanjut:
Hubungi
Rashid
[012-6146503], Meon [012-2632429], Yusop [016-3769863]

Cabaran Memancing
MERSING
Tarikh: 26 April 2009 (Ahad)
Lokasi: Pantai Pusat Bina Semangat Sekakap (PLKN YPJ), Mersing, Johor
Yuran Penyertaan: RM80.00/1 joran
Anjuran: Kelab Memancing Kem Iskandar & Pejabat Daerah Mersing
Keterangan lanjut:
Sani Othman [019-7114521], 07-7902537, 019-5940741

16 April 2009

F'Best Kiosk Serting Hilir tawar jackpot setiap hari

Pintu masuk ke F'Best Kiosk.
Panorama indah sekitar kolam F'Best Kiosk.
Penulis memperagakan tongsan yang berjaya didaratkan waktu malam.
Restoran turut disediakan dengan pelbagai menu untuk kemudahan kaki pancing.
Penulis kelihatan khusyuk sambil memegang joran ketika memancing.Salah seorang rakan penulis berjaya menaikkan ikan pacu.
Salah seorang pemancing setia menanti untuk menarik ikan yang dihajati.
Selepas berjaya menaikkan tongsan, penulis turut berbangga menewaskan ikan patin.

Teks & Foto
Oleh:
ABAI

LAZIMNYA apabila melintasi Serting Hilir, tentu ramai akan mengenali kawasan itu terletaknya Pusat Latihan Polis. Namun disebalik nama pusat latihan tersebut, terselit sebuah kolam pancing berhampiran kawasan Felda yang jaraknya tidak jauh 1 km. Kolam dikenali sebagai Kolam Pancing F'Best Kiosk (Homestay) dahulunya merupakan pusat penternakan ikan telah dibuka kepada kaki pancing sejak Mac 2004.

Tuan empunya kolam, Roslan Abd Malik (foto) berkata, setakat ini waktu operasi kolam bermula dari jam 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam pada setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu (9.00 pagi hingga 3.00 pagi) manakala Ahad (mulai jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam).

"Kolam ini turut menganjurkan pertandingan jackpot pada setiap hari dengan menawarkan hadiah wang tunai lumayan kepada kategori terbuka selain hadiah kepada spesis ikan,"ujarnya.

Selain aktiviti memancing, Felda Serting Hilir terutama Serting Hilir 4 juga mengendalikan pakej homestay, komoditi pertanian dan industri makanan tradisional.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan Roslan di talian 019-6857531, 013-6068474, 013-6107241.




13 April 2009

Safari Memancing di Pangkor 19 April ini!


Safari Memancing
PULAU SEMBILAN
Tarikh: 19 April 2009 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi hingga 3.00 petang
Lokasi: Marina Island, Pangkor, Perak
Yuran Penyertaan: RM60.00/1 joran
Boleh dibuat secara tunai atau dibayar menerusi akaun bank atas nama
VIVENDI INC SDN BHD
PUBLIC BANK
No. Akaun: 3985385000
Hadiah Utama
Juara: RM8,000.00
Tempat Ke-2: RM2,500.00
Tempat Ke-3: RM1,000.00
10 hadiah saguhati + hamper
Terdapat lebih RM20,000 cabutan bertuah untuk dimenangi termasuk sebuah motosikal baru.
Maklumat lanjut
Hotline 018-570 0032
Website: pangkorfishing

05 April 2009

Ikan mogok buat 'raja umpan' putih mata

Zulkifli buat kejutan ketepikan raja umpan.

PADA minggu ini, boleh dikatakan ramai ‘Raja Umpan’ atau lebih dikenali sebagai pemancing yang memiliki kepakaran membuat umpan power hadir mengambil bahagian dalam pertandingan Jackpot Kolam Pancing Ruskijang Park Kemensah yang berakhir sebentar tadi.

Berbekalkan umpan yang lazimnya mampu menarik perhatian ikan khususnya tongsan dan patin, Raja-Raja Umpan seperti Ramri, Shahril, Din Kueh, Farazi, Shamsuddin, Kadri, Ismail dan Hasnan awal-awal lagi sudah memberi amaran awal kepada pemancing lain bahawa kejuaraan minggu ini bakal menjadi milik mereka. Bagaimanapun, segala yang dihajati tidak kesampaian apabila spesis seperti tongsan seolah-olah mogok dan enggan menyentuh umpan mereka sehingga masa jackpot berakhir.

Pemancing regular di kolam ini, Zulkifli yang tidak diletakkan sebagai pilihan mampu menguntum senyuman apabila rentapan dua puluh lima minit sebelum pukul 12.30 pagi telah mendaratkan ikan tongsan seberat 3.890 kg dan sekaligus diistytiharkan sebagai juara minggu ini biarpun disaingi hebat pada saat akhir oleh Adi Cepoi yang berjaya menaikkan ikan patin namun gagal mengatasi berat tongsan milik Zulkifli.

Dengan kemenangan ini, Zulkifli dari Semarak, Kuala Lumpur berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500 manakala Adi mengenggam RM250.

KEPUTUSAN PENUH
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK

Juara (RM500.00)
ZULKIFLI - Tongsan: berat 3.890 kg
Naib Juara (RM250.00)
ADI CEPOI
-Patin: berat 1.125 kg
Tempat Ke-3 (RM130.00)
NIK S - Talapia Merah: berat 0.580 kg
Tempat Ke-4
ROSTAM - : Talapia Merah: berat 0.510 kg
Tempat Ke-5
ANUAR - Baung: berat 0.485 kg
Tempat Ke-6
YAP - Talapia Merah: berat 0.455 kg
Tempat Ke-7
PAK MAN - Baung: berat 0.450 kg
Tempat Ke-8
ZUL Y - Baung: berat 0.360 kg
Tempat Ke-9
OMAR - Keli: berat 0.255 kg
Tempat Ke-10
NIZAM - Keli: berat 0.255 kg

Penyertaan peserta: 73 orang

02 April 2009

Kalendar memancing hujung minggu ini!


Pertandingan Memancing
Taman Tasik Titiwangsa

Tarikh: 5 April 2009 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Yuran Penyertaan: RM60.00/1 joran
Pendaftaran:
Bermula 1/4/2009 - 10.00 pagi hingga 5.00 ptg; 4/4/2009 - 24 Jam
Hadiah Utama
Juara: RM10,000.00 + trofi
Tempat Ke-2: RM4,000.00 + trofi
Tempat Ke-3: RM2,000.00 + trofi
Tempat Ke-4: RM1,000.00
Tempat Ke-5: RM500.00
Tempat Ke 6-10: RM200.00
Tempat Ke 11-15: RM150.00
Tempat Ke 16-20: RM100.00
Hadiah Khas (Kategori Keli)
Juara: RM300.00
Tempat Ke-2: RM200.00
Tempat Ke-3: RM100.00
30 Hamper Cabutan Bertuah
2 Cabutan Bertuah Bonanza TV 21"
Pihak penganjur juga menyediakan tapak gerai untuk disewa.
Sebarang Pertanyaan:
M.Fahmi [016-6025127], M.Rizal [012-2837924], A.Rasid [014-2418488], Haslina [016-2539131]


Pertandingan Memancing
Majlis Perbandaran Kuantan

Tarikh: 5 April 2009 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi: Pantai Sepat, Kuantan, Pahang
Yuran Penyertaan: RM50.00/1 joran
Borang Penyertaan: boleh didapati di KOSPEK Bukit Ubi,Kiosk KOSPEK MPK, Bhg.Penjaja & Kaunter Letak Kereta.
Pemenang Utama akan menerima hadiah wang tunai RM8,000.00
Keterangan lanjut:
Hubungi Ahmad Norizan [09-5121669], Nurul @ Cik Hastini [09-5163758/09-5130578]

Peluang kaki pancing lepas gian di Hyperlink Shah Alam



APABILA menyebut Shah Alam, tentu sekali kaki pancing sudah terarah dengan program Kolam Pancing air tawar Batu Bata, tetapi sebenarnya tidak ramai yang mengetahui kawasan itu juga memiliki sebuah lagi kolam pancing yang tidak kurang menariknya.

Berbekalkan matlamat untuk memberi kepuasan kepada para pengunjungnya, Kolam Pancing Hyperlink yang baru dibuka pada 1 Januari 2009 di Jalan Besar, Kampung Bukit Lancong bersempadanan Shah Alam dan Subang Jaya nyata mempunyai daya tarikannya tersendiri dengan dikelilingi pepohon menghijau.

Tuan empunya kolam berkenaan, Nik Muhammad Hafiz berkata, pembukaan kolam ini sebenarnya adalah operasi sampingan kerana pihaknya lebih memfokuskan operasi membekal ternakan kambing untuk aqiqah dan korban selain ternakan ayam kampung.

"Walaupun ia lebih bersifat sampingan, kami percaya ia sekurang-kurangnya mampu memberi peluang kepada kaki-kaki pancing untuk melepaskan gian selain beriadah. Setakat ini, kami lihat penyertaan dikalangan kaki pancing cukup menggalakkan.

"Andai kolam ini terus menerus menerima kunjungan kaki pancing pada masa akan datang, kami bersedia pertimbang untuk meluaskan skop operasi termasuk waktu operasi, insyaAllah. Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada penyertaan kaki pancing," ujar Nik yang mengusahakan kolam itu bersama rakan kongsi, Suhaimi.

Antara spesis ikan yang ditawarkan di kolam ini ialah tongsan, rohu, patin, pacu, tilapia merah, baung, haruan dan keli.

Mengenai operasi kolam kata beliau, pihaknya mengenakan bayaran harga berpatutan iaitu sebanyak RM14.00 bagi dua jam pertama dan bayaran tambahan RM5.00 untuk jam berikutnya. Setakat ini, waktu operasi bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah malam pada setiap hari.

Bagi memberi keselesaan kepada pengunjung, tambah Nik, pihaknya turut mengadakan pertandingan Jackpot Mingguan dua kali dalam setiap bulan dan hari cuti bergantung kepada permintaan dikalangan kaki pancing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nik Muhammad Hafiz di talian 012-2964280 atau Suhaimi 012-4559046.

Peta lokasi kolam sila klik disini

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...