Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

31 Ogos 2009

Rosto juara Merdeka Nite Joran Terjun

KAKI Pancing, Rosto menjulang pencapaian gemilang apabila muncul juara pertandingan memancing sempena malam kemerdekaan (merdeka nite) anjuran Kolam Pancing Joran Terjun dekat Kampung Kemensah, Hulu Klang dekat sini malam tadi.

Kejayaan mendaratkan spesis tongsan sisik halus seberat 5.675kg membolehkan Rosto membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200 sekaligus menempa nama dikalangan barisan pemenang pertandingan itu yang diadakan pada setiap tahun.

Nyata pengalaman pernah beraksi di beberapa pertandingan telah memberi kelebihan buat Rosto dengan mengenepikan ramai otai yang turut mencuba nasib pada kali ini.

Tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh Hassan dan Mas yang masing-masing menaikkan spesis yang sama dengan kuantiti berat 4.160kg dan 3.935kg.

Sementara itu, tuan empunya Joran Terjun, Zulkifli Mohd Yatim melahirkan rasa bangga dapat menganjurkan pertandingan tersebut sempena sambutan Kemerdekaan negara kali ke-52.

" Ini merupakan salah satu aktiviti utama pihak kami pada setiap tahun. Apa yang lebih penting lagi, menerusi pertandingan seumpama ini akan memberi ruang yang lebih luas dan dianggap sebagai penghargaan kepada kaki pancing yang menyokong setiap aktiviti yang dianjurkan di kolam ini," ujarnya yang juga bekas atlet 110 meter lompat pagar negara.

KEPUTUSAN PENUH
Juara:
ROSTO - Tongsan Sisik Halus: berat 5.675kg
Tempat ke-2:
HASSAN - Tongsan Sisik Halus: berat 4.160kg
Tempat ke-3:
MAS - Tongsan Sisik Halus: berat 3.935kg
Tempat ke-4:
LAN - Tongsan Sisik Halus: berat 3.830kg
Tempat ke-5:
SAZALI - Tongsan Sisik Halus: berat 3.715kg
Tempat ke-6:
RAMRI - Tongsan Sisik Halus: berat 3.485kg
Tempat ke-7:
PAK KU - Tongsan Sisik Halus: berat 3.435kg
Tempat ke-8:
LAN (2) - Tongsan Sisik Halus: berat 3.325kg
Tempat ke-9:
ALAM - Baung: berat 0.885kg
Tempat ke-10:
RINALDI - Pacu: berat 0.825kg

30 Ogos 2009

2 kolam 'Joran' gegar pertandingan Merdeka malam ini!

Pertandingan Memancing Merdeka Nite
JORAN TERJUN
Tarikh: 30 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 9.00 malam hingga 2.00 pagi
Lokasi: Kolam Pancing Joran Terjun, Kampung Kemensah (Belakang Zoo Negara), Hulu Kelang, Kuala Lumpur
Yuran Penyertaan:
RM30.00/1 joran
RM50.00/i joran
Hadiah Juara Mesti Dimenangi:
RM500.00 (Bagi mereka yang membayar yuran RM30.00)
RM1,000.00 (Bagi mereka yang membayar yuran RM50.00)
Keterangan lanjut: Zul [019-2054447]


Pertandingan Memancing Merdeka Morning Call
JORAN UTAMA
Tarikh: 31 Ogos 2009 (Isnin)
Masa: 1.00 pagi hingga 4.00 pagi
Lokasi: Kolam Pancing Joran Utama, KM 9, Jalan Ayer Molek-Tehel, Melaka
Yuran Penyertaan: RM20.00/1 joran
Maklumat lanjut:
Hubungi Cif [012-9104750], Aji [017-6399700], Ayie [012-6909929]

15 Ogos 2009

Patin Mekong, cabaran terbaru Tasik Idaman


Cabaran Patin Mekong
D'Kompleks Tasik Idaman

Tarikh: Setiap Selasa malam Rabu & Khamis malam Jumaat
Masa: 9.00 malam hingga 1.00 pagi

Lokasi: Kolam D'Kompleks Tasik Idaman, Lot 44A, Jalan Idaman 84/89, Jalan Jenderam, Dengkil, Selangor

Yuran Penyertaan: RM30.00/1 joran
Hadiah Utama
Juara: RM1,000.00
Tempat Ke-2: RM500.00
Tempat Ke-3: RM200.00
Tempat Ke-4: RM100.00
Tempat Ke 5-10: RM50.00
Tempat Ke 11-15: Vouncher memancing
Keterangan lanjut:
Hubungi Kaunter [012-2533925], Zam [012-6250091], Fairi [012-3891185], Man Chek [012-3743415]

13 Ogos 2009

Pertandingan Memancing di Merapoh 15 Ogos ini!

Pertandingan Memancing
Kolam KAMA
Tarikh: 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi: Kolam Pancing Kama, Merapoh, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, Lipis, Pahang
Yuran Penyertaan: RM40.00/1 joran
Hadiah Utama
Juara: RM2,000.00
Tempat Ke-2: RM700.00
Tempat Ke-3: RM300.00
Tempat Ke-4: RM200.00
Tempat Ke-5: RM100.00
Tempat Ke-6 - 10: RM50.00
Tempat Ke 11 - 15: hamper
Keterangan lanjut:
Hubungi Kama [017-9674298]

12 Ogos 2009

Penangan tarikan ganas di San Sue

Teks & Foto
Oleh ABAI

JIKA anda ingin merasai penangan tarikan ganas ikan air tawar, Kolam Pancing San Sue ada jawabannya.

Bagi kaki pancing atau masyarakat sekitar daerah Batu Pahat Johor, nama kolam ini yang diuruskan oleh taukeh Ban sudah sinonim dan tidak perlu diperkenalkan. Lokasinya tidak jauh dari pusat bandar Batu Pahat iaitu di Tanjung Labuh.

Bagi mereka yang datang dari arah Air Hitam, harus menuju ke Parit Raja kemudian terus ke Parit Karjo dan lalu ke situ melalui jalan ke Pekan Sengarang diikuti Kolej Aztec. Kira-kira 2km dari kolej tersebut akan terpapar simpang kecil ke kiri selepas perhentian bas. Dari situ, anda akan melihat papan tanda Kolam San Sue.

Antara spesis ikan yang ditawarkan di kolam ini ialah tongsan, kap @ lekoh, patin, koi, belida, toman, rohu, lampam dan keli. Waktu operasinya pula agak panjang iaitu bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 pagi keesokkannya (Isnin - Khamis) dan 9.00 pagi hingga 3.00 pagi keesokkannya (Jumaat - Ahad).

Sepertimana kolam-kolam pancing lain, San Sue juga mengadakan pertandingan jackpot pada setiap hari mengikut berat dan spesis ikan dan hanya dibenarkan menggunakan satu mata kail sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ban [012-7123689].

10 Ogos 2009

Otai Koyan dominasi pertandingan Kechau 1

Zul (tengah), Amir (kiri) dan Lie (kanan) sempat bergambar kenangan dengan mockup hadiah masing-masing.
Zul dari Koyan sedang menerima hadiah wang tunai RM3,000 hasil kejayaan menjuarai pertandingan.
Kaki pancing dikenali Lie menerima hadiah RM200 beserta hamper dan kekili selepas meneka tepat acara biji labu.
Gemuk (membongkok) beserta panel pengadil kolam sedang mengira jumlah biji labu.

Sebahagian besar kaki pancing yang mengambil bahagian.
Gemuk sedang mengangkat ikan patin dari tanguk seorang pemancing untuk ditimbang.

SEPERTIMANA diduga kehebatan barisan pemancing dari Koyan terus menerus mendominasi pertandingan Memancing Kechau 1, Kampung Melaka dekat Kuala Lipis semalam.

Aksi bersahaja Zul yang cukup dikenali dikalangan kaki pancing sekitar Lipis dan sekitarnya nyata tidak perlu dipertikaikan lagi apabila ikan patin seberat 2.610kg telah mengangkat namanya sebagai juara pertandingan.

Begitu pun, Zul terpaksa menunggu saat-saat akhir untuk meraih hadiah wang tunai RM3,000 apabila dicabar sengit oleh rakan sepasukan dan otai-otai yang pernah mengambil bahagian di pertandingan besar di seluruh negara.

Tempat kedua diduduki seorang lagi kaki pancing dari Koyan iaitu Amir disusuli Lie dari Tersang di tempat ketiga. Masing-masing berjaya membawa pulang RM1,000 dan RM500.

Pada kali ini, lebih 150 orang telah mengambil bahagian bukan sahaja membabitkan kaki pancing sekitar Lipis tetapi juga dari negeri lain termasuk Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Tuan empunya kolam yang lebih gemar dipanggil Gemuk ketika mengesahkan berkata, pertandingan yang diadakan semalam telah menerima sambutan yang cukup memberangsangkan. Apa yang lebih penting, kami mahu setiap kaki pancing yang menyertai pertandingan disini gembira dengan hasil tangkapan mereka dan sekaligus berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

"Atas sebab itu, kami hanya membuka kolam ini sekali dalam seminggu untuk memastikan ia mampu membangkit semangat kaki pancing untuk bertanding.

"Kami menjangka lebih ramai lagi kaki pancing akan mengambil bahagian pada pertandingan akan datang. Jika tiada aral melintang, kami akan mengadakan pertandingan seumpama ini selepas sambutan hari raya,"ujarnya.

Bagi acara teka biji labu, kaki pancing bernama Lie berjaya meneka dengan tepat jumlah biji labu yang diadili pengurusan kolam. Berikutan itu, beliau yang meneka jumlah biji labu sebanyak 101 ulas berjaya meraih wang tunai RM200 beserta hamper dan kekili. Sementara tiga lagi hadiah acara ini telah dikongsi bersama oleh kaki pancing lain yang meneka hampir tepat.

Sementara itu, pertandingan ini turut diserikan dengan kelibat Haikal dan Eda yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki termuda dan wanita yang mengambil bahagian. Kedua-duanya nyata tidak gugup berdepan saingan daripada kaki pancing lebih berpengalaman selepas masing-masing merantai tempat ke-18 dan 20.
Urusetia dan marshal begitu sibuk di kaunter.
Pemandangan sisi kanan aksi kaki pancing di pertandingan memancing Kechau 1.Pemancing paling muda dikenali Haikal sedang menimbang ikan sebelum disahkan pihak marshal.Seorang peserta yang memgambil bahagian sedang menarik ikan untuk dinaikkan didarat.

KEPUTUSAN PENUH
Juara:
ZUL - Patin: berat 2.610kg
Tempat ke-2:
AMIR - Patin: berat 2.406kg
Tempat Ke-3
LIE - Karak: berat 2.360kg
Tempat Ke-4
FADLI - Patin: berat 2.342kg
Tempat Ke-5
ZAM - Tongsan: berat 2.196kg
Tempat Ke-6
MUSTAFA - Tongsan: berat 2.190kg
Tempat Ke-7
SIDI - Patin: berat 2.044kg
Tempat Ke-8
ALONG - Patin: berat 2.042kg
Tempat Ke-9
NIZAM - Baung: berat 1.994kg
Tempat Ke-10
JAMIL - Patin: berat 1.942kg
Tempat Ke-11
ABON - Patin: berat 1.888kg
Tempat Ke-12
SHAHRIL - Patin: berat 1.834kg
Tempat Ke-13
AHMAD - Patin: berat 1.636kg
Tempat Ke-14
JALI - Patin: berat 1.630kg
Tempat Ke-15
ALI - Patin: berat 1.604kg
Tempat Ke-16
SYED - Patin: berat 1.596kg
Tempat Ke-17
MOHAMED ZUL - Patin: berat 1.580kg
Tempat Ke-18
HAIKAL - Patin: berat 1.570kg
Tempat Ke-19
AHMAD - Patin: berat 1.548kg
Tempat Ke-20
EDA - Patin: berat 1.526kg

07 Ogos 2009

Kongsikan pengalaman misteri memancing bersama JoranPancing

MUNGKINKAH anda memiliki pengalaman dan peristiwa-peristiwa menarik mengenai misteri atau hal-hal paling sukar dilupakan sepanjang penglibatan anda dalam dunia memancing?

Justru, kepada kaki-kaki pancing khususnya mereka yang telah lama berada dalam dunia ini baik di kolam air tawar, kolam air masin, sungai, pulau, laut dan sebagainya, usahlah biarkan segala pengalaman itu terbiar begitu sahaja. Jom! kita kongsikan bersama dengan para pengunjung blog JoranPancing yang tentunya tertarik untuk mengetahuinya.

Mana-mana pengalaman yang terpilih akan diterbitkan dalam segmen terbaru di blog ini dan turut berpeluang disiarkan dalam satu program TV tempatan tidak lama lagi.

Sila sertakan nama penuh, nama samaran, biodata diri anda. Setiap pengalaman anda hendaklah ditulis tidak melebihi 50 patah perkataan sahaja dan hantarkan ke alamat email: joranpancing@gmail.com

03 Ogos 2009

Kechau pilihan kaki pancing 9 Ogos ini!

Pertandingan Memancing
Kolam Kechau Kampung Melaka
Tarikh: 09 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi: Kolam Pancing Kechau, Kampung Melaka, Kuala Lipis, Pahang
Yuran Penyertaan: RM45.00/1 joran
Hadiah Utama
Juara: RM3,000.00
Tempat Ke-2: RM1,000.00
Tempat Ke-3: RM500.00
Tempat Ke-4: RM200.00
Tempat Ke 5 - 6: RM100.00
Tempat Ke 7 - 8: RM70.00
Tempat Ke 9 - 10: RM60.00
Tempat Ke 11 - 20: RM50.00
Cabutan Bertuah
20 hadiah ditawarkan
Keterangan lanjut:
Hubungi 019-9245379, 013-9110066, 09-3121109

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...