Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

28 November 2011

Catch & Release di Kolam Pak Din Bukit Antarabangsa

BARU-BARU ini sempat jugak JP menjengah sebuah kolam pancing air tawar dikenali 'Kolam Pak Din' di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Boleh dikatakan ramai kaki pancing terutama otai berkumpul di situ baik pagi, petang mahupun malam semata-mata untuk melepaskan gian memancing atau beriadah bersama keluarga.

Konsep memancing yang diamalkan disini ialah catch and release dan bayaran masuk cuma RM10.00 sahaja/1 joran bagi tempoh masa 4 jam.

Antara favourite ikan yang terdapat di kolam ini ialah patin, pacu, talapia, haruan dan keli.

Jika ada dikalangan kaki pancing yang berjaya mendaratkan ikan seberat 6kg ke atas berpeluang memenangi jackpot yang disediakan.

Itu belum lagi jackpot mingguan yang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad yang menawarkan hadiah wang tunai RM300.00 selaku juara diikuti tempat kedua (RM200.00) dan tempat ketiga (RM100.00). Bagi mereka yang ingin menyertai jackpot ini hanya dikenakan bayaran masuk sebanyak RM30.00/satu joran.

Untuk kesini, mudah sahaja. Ikut papan tanda arah ke arah kawasan Ukay Perdana baik dari Ampang Point mahupun Taman Melawati. Sebaik melintasi dua traffic light, anda akan melihat Pusat Komuniti Penduduk disebelah kanan. Dari situ sejauh 100 meter, anda harus memperlahankan kenderaan untuk membelok ke kanan dan terpapar deretan rumah dua tingkat. Jalan terus dan anda akan temui pondok kecil polis komuniti Taman Bukit Mulia kemudian belok ke kiri. Jalan terus anda menemui Surau Taman Bukit Mulia. Dari situ, lebih kurang 100 meter, anda akan melihat kolam pancing ini yang terletak disebelah kanan atau klik sahaja peta lokasi Kolam Pancing Air Tawar

Sebarang info lanjut mengenai kolam ini, sila hubungi Ben di talian 012-2604763.


25 November 2011

Pontian gegar pertandingan memancing sempena Keputeraan DYMM Sultan Johor

Untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan dan borang penyertaan, sila klik disini

24 November 2011

Peluang rebut RM30,000 juara GP Selangor di Cyberjaya 27 November

Sila klik flyer diatas untuk melihat paparan berskala besar

18 November 2011

24 pemancing tegar sahut cabaran memancing di Sentul


SERAMAI 24 orang pemancing tegar Kolam Pancing Sportfishing Sentul telah menyahut cabaran dalam pertandingan memancing yang dianggap 'suka-suka' dan riadah di kolam tersebut yang berakhir jam 10.00 malam tadi.

Pertandingan ini merupakan julung-julung kali diadakan oleh pemancing tegar pada tahun ini. Ia adalah hasil cetusan idea dikalangan para pemancing tegar disitu yang begitu beriya-iya supaya satu pertandingan diadakan sebagai satu aktiviti sambil berpeluang bertukar-tukar fikiran sesama mereka.

Lebih menarik lagi, lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek turut menyertai pertandingan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan.


11 November 2011

Jom bolot juara RM34,000 Seri Bayu Tekala pagi esok!

Cabaran Memancing
Seri Bayu Tekala November 2011
Tarikh: 13 November 2011 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi hingga 1.30 petang
Lokasi: Kolam Pancing Seri Bayu Tekala, Hulu Semenyih, Selangor
Yuran Penyertaan: RM100.00/ 1 joran 2 mata kail
* Semua spesis dipertandingankan kecuali tongsan sisik halus yang dikategorikan sebagai hadiah khas
Waktu pancang: bermula jam 5.00 petang; 12/11/2011 & 6 kolam sahaja dibuka meliputi kolam 2,3,4,5,7 & 8.
Hadiah Utama
Juara: RM34,000.00
Tempat Ke-2: RM12,000.00
Tempat Ke-3: RM5,000.00
Tempat Ke-4: RM3,000.00
Tempat Ke-5: RM1,000.00
Tempat Ke-6: RM600.00
Tempat Ke-7: RM400.00
Tempat Ke-8: RM500.00
Tempat Ke-9: RM400.00
Tempat Ke 10: RM800.00
Tempat Ke 11-13: RM250.00
Tempat Ke-14: RM200.00
Tempat Ke-15: RM300.00
Tempat Ke 16-17: RM200.00
Tempat Ke-18: RM300.00
Tempat Ke 19-22: RM200.00
Tempat Ke-23: RM300.00
Tempat Ke 24-25: RM200.00
Tempat Ke-26: RM250.00
Tempat Ke 27-29: RM150.00
Tempat Ke -30: RM400.00
T'Shirt Percuma
500 helai disediakan kepada pendaftaran terawal
Hadiah Khas (Tongsan Sisik Halus)
1. RM1,000.00
2. RM500.00
3. RM300.00
Hadiah Khas Spesis
(Meliputi talapia, rohu,baung,lampam & lain-lain seperti haruan, ketutu,belida dan jelawat)
Juara: RM100.00
Tempat Ke-2: RM80.00
Cabutan Bertuah
1. Sebuah motosikal Modenas GT100
2. 5 barangan elektrik
3. 25 hamper
Keterangan lanjut:
Hubungi Kaunter [012-4212092], Amin [012-9328764], Aziz [012-2782243]

Cabaran Malam Minggu Seri Bayu Tekala malam ini


Cabaran Malam Minggu (Antarabangsa)
Seri Bayu Tekala

Tarikh: 12 November 2011 (Sabtu)
Masa: 10.00 malam hingga 2.00 pagi
Lokasi: Kolam Pancing Seri Bayu Tekala, Hulu Semenyih, Selangor
Yuran Penyertaan: RM30.00/ 1 joran
Hadiah Utama
Juara: RM2,200.00
Tempat Ke-2: RM1,000.00
Tempat Ke-3: RM400.00
Tempat Ke-4: RM200.00
Tempat Ke 5-8: RM100.00
Tempat Ke 9-11: RM90.00
Tempat Ke 12-14: RM80.00
Tempat Ke 15-17: RM70.00
Tempat Ke 18-21: RM60.00
Tempat Ke 22-25: RM50.00
Keterangan lanjut:
Hubungi Kaunter [012-4212092], Amin [012-9328764], Aziz [012-2782243]

10 November 2011

Cabaran memancing Pantai Kemayang Bachok 12 November

Sila klik flyer diatas untuk melihat paparan berskala besar

08 November 2011

RM25,000 menanti juara Karnival Memancing Port Dickson

Sila klik flyer diatas untuk melihat paparan berskala besar

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...