Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

25 Disember 2015

Kolam pancing air tawar 24 jam bakal dibuka di KL


KOLAM Pancing Ikan Kelah (KPIK) bakal mengorak langkah dengan mempelbagaikan operasinya dengan membuka sebuah lagi kolam pancing berasaskan spesis air tawar tidak lama lagi.

Pelbagai spesis ikan ditawarkan seperti patin, tongsan, rohu dan talapia pastinya mampu menarik ramai kaki pancing apatah lagi dengan kedudukannya yang terletak di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur yang terkenal dengan suasana nyaman dan bebas dari hiruk pikuk kebisingan kota.

"Memandangkan kolam terbaharu ini akan beroperasi 24 jam sehari,  KPIK akan menyediakan prasarana terbaik termasuk kemudahan restoran, umpan, perkhidmatan TV Astro dan WIfi secara berperingkat.

"Dengan pembukaan kolam ini, pihak kami turut bersetuju mengadakan siri pertandingan Jackpot yang menawarkan hadiah wang tunai kepada para pemenang, " kata Pengurusnya, Encik Sofi ketika ditemui Joran Pancing.

Selain kolam air tawar, KPIK juga memiliki sebuah kolam pancing Ikan Kelah dan kolam pancing udang yang terletak bersebelahan dengan kolam terbaharu ini.

Untuk mengetahul lebih lanjut mengenai operasi kolam milik KPIK ini, sila berhubungi terus dengan talian 013-300 8444 atau layari Page Facebook: KOLAM PANCING IKAN KELAH.

17 Disember 2015

RM65,000.00 menanti juara Cabaran Tutup Tirai 2015 Kolam Seri Bayu Tekala pada 20 Disember ini

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

26 November 2015

Tinggal 3 hari lagi Rantau Eco Park menanti kaki pancing

Tinggal 3 hari sahaja lagi Rantau Eco Park menanti kaki pancing dengan SANTAI MEMANCING BERSAMA KELUARGA dengan juara bakal membawa pulang RM5,000.00. Program ini dianjurkan bersama Tourism Malaysia Negeri Sembilan. Yuran cuma RM50.00 sahaja. Untuk pendaftaran awal dan keterangan lanjut hubungi 03-9286 6818 atau 011-2197 1462.

18 November 2015

Jom daftar awal Jelajah Pancing KL di Tasik Ampang Hilir Jumaat ini

ANDA sudah sedia untuk menggempur Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Taman Tasik Ampang Hilir Sabtu ini? Jika kengkawan sudah bersedia...ayuh jom daftar awal mulai jam 3 petang hingga 8 malam di khemah urusetia Jumaat ini bersamaan 20 Nov 2015. Yuran penyertaan cuma RM25/ joran 2 mata.

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

06 November 2015

Azarul Fahmi ulangi kejayaan Ahmad Faizal juarai Cabaran Memancing Jejak Suci


PEMANCING dari Kuantan sekali lagi mengulangi kejayaan menjuarai Cabaran Memancing bersama Jejak Suci yang berakhir di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun tengahari tadi.

Kali ini tiba giliran Mohd Azarul Fahmi Norizan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM25,000.00 selaku juara menyamai pencapaian Ahmad Faizal Abdul Rahim September lalu.

Tempat kedua diduduki Harun Mohd dari Jerangau, Terengganu dengan genggaman RM5,000.00 diikuti Mohd Ridzuan Zulkifli dari Paka, Terengganu yang berpuas hati di tempat ketiga dengan meraih wang tunai RM1,111.00.

Bagi kategori cabutan bertuah berupa sebuah motosikal, ia menjadi milik Muhd Shazlin Shafiq Razali juga dari Jerangau, Terengganu.

Tahniah buat semua pemenang dan kepada pemancing yang tidak bernasib baik boleh mencuba lagi pada cabaran akan datang.

05 November 2015

RM25,000 menanti sang juara bersama Jejak Suci awal pagi esok

Selamat bertanding diucapkan buat kengkawan kaki pancing yang akan menyertai Cabaran Memancing bersama Jejak Suci di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun mulai pagi esok. 

Buat mereka yang belum daftar awal boleh berbuat demikian jam 5.30 petang ini dan juga awal pagi esok sebelum game bermula. Ayuh! jom serbu dan jangan lepaskan impian menggenggam RM25,000 sebagai juara dan hadiah sapu bersih. Info lanjut, segera contact Cikgu Nasir 013-9233299.



29 Oktober 2015

8 hari sahaja lagi Memancing bersama Jejak Suci bakal bergema. RM25,000 habuan juara

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar

15 Oktober 2015

10 Oktober 2015

Wajah pemenang Pertandingan Memancing Hari Sukan Negara 2015 kawasan Kepong

Inilah wajah para pemenang Pertandingan Memancing Hari Sukan Negara kawasan Kepong yang baru sahaja berakhir di Taman Tasik Metropolitan Kepong sebentar tadi.  Hadiah-hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Pengurus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Zon Kepong, Encik Marwan. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong, Puan Nurul Atikah binti Abdul Rahman.
D

07 Oktober 2015

Pelepasan ikan sempena Pertandingan Memancing Hari Sukan Negara di Kepong


Acara pelepasan ikan dilakukan baru-baru ini di Tasik Metropolitan Kepong bersempena Pertandingan Memancing Hari Sukan Negara anjuran Pejabat Belia dan Sukan kawasan Kepong dengan kerjasama DBKL. Pertandingan ini akan berlangsung pada 10 Oktober 2015.

#hsn2015
#harisukannegara
#teamkbs
#fishing
#kepong

05 Oktober 2015

Jom kasi pacak Pertandingan Memancing Hari Sukan Negara kawasan Kepong 10 Otkober ini

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar

28 September 2015

Jom daftar awal Jelajah Pancing KL Jumaat ini


5 hari sahaja lagi...Jelajah Pancing Kuala Lumpur bakal bergema di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, KL.  AYUH...otai-otai dan kengkawan kaki pancing jom kita daftar lebih awal pada 3 petang; Jumaat bersamaan 2 Oktober ini di khemah urusetia Taman Tasik Permaisuri. Yuran cuma RM25/ satu joran dua

22 September 2015

Jom kasi pacak di KOLAM G.J. Fishing Park, Seremban malam ini sempena sambutan Aidiladha

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

16 September 2015

Jelajah Pancing KL bakal mencanak di Tasik Permaisuri 3 Oktober 2015

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

13 September 2015

Ahmad Faizal genggam RM23,000 muncul juara Memancing bersama Jejak Suci

Ahmad Faizal (duduk tengah) mengenggam wang tunai berjumlah RM23,000 sambil diapit pemenang tempat kedua (berbaju oren) dan pemenang ketiga (baju biru).
Md Yusof @Abd Aziz bergaya diatas motosikal yang dimenangi menerusi cabutan bertuah.
AHMAD Faizal Abdul Rahim muncul juara Pertandingan Memancing bersama Jejak Suci  di Tasik Jejak Suci A.M.B.S. Dungun pada Jumaat lalu bersamaan 11 September 2015.

Dengan kejayaan ini, Ahmad Faizal yang datang dari Kuantan Pahang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM23,000 mengenepikan  dua lagi pencabar terdekat yang masing-masing meraih hadiah kemenangan RM4,000 dan RM1,111.

Dalam pada itu, penyertaan Md Yusof @ Abd Aziz Ngah dari Kampung Binjal, Kemaman turut membawa tuah buat dirinya apabila diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah berupa sebuah motosikal.

10 September 2015

Jom buru RM23,000 juara Jejak Suci di Dungun pagi besok

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

03 September 2015

Kolam Pancing Alang Saleh gegar pertandingan memancing pada 5 September ini

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

31 Ogos 2015

Jom pacak pertandingan Antarabangsa di Kolam G.J. Fishing Park Seremban malam besok

Sila klik flyer dan syarat-syarat pertandingan diatas untuk melihat dalam skala besar.

26 Ogos 2015

Kolam pancing kelah tarikan terbaru di Lembah Kelang


Bagi para penggemar ikan kelah khususnya di sekitar Lembah Kelang, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi jauh hingga ke Taman Negara untuk memancing spesis terbaik ini.

Ini kerana sebuah kolam memancing ikan kelah akan dibuka secara rasmi pada tarikh hari kemerdekaan tahun ini iaitu 31 Ogos yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Menurut seorang wakil kolam ini yang hanya mahu dikenali sebagai Sofi berkata, kerja-kerja pembinaan kolam akan lengkap sepenuhnya dan nama kolam akan diumumkan menjelang detik hari kemerdekaan.

"Saya berharap dengan adanya kolam ini, ramai kaki pancing terutama penggemar ikan kelah tidak melepaskan peluang keemasan untuk merasai tarikan ikan tersebut sambil menikmati suasana nyaman dan pemandangan indah sekitar kolam yang diseliputi kawasan hutan.

"Buat permulaan, kolam ini menetapkan bayaran masuk untuk memancing kelah ialah sebanyak RM100/sejam. Setiap pemancing sekurang-kurangnya perlu memancing masa minima selama 2 jam.

Selain kelah kata Sofi, pihaknya juga menyediakan sebuah kolam memancing untuk penggemar ikan air tawar lain seperti patin, rohu dan talapia.

"Setiap pemancing yang hendak memancing patin, rohu dan talapia dikenakan kadar lebih rendah iaitu RM20/sejam dan mereka perlu memancing masa minima selama 3 jam/RM50.

Bagi kaki pancing yang berjaya mendaratkan kelah sahaja boleh membawa pulang ke rumah manakala mana-mana ikan patin, rohu dan talapia yang berjaya dinaikkan melebihi 5kg ke atas perlu dilepaskan dan akan dibayar secara tunai mengikut berat ikan.

Untuk keterangan lanjut atau memasang impian untuk memancing di kolam ini,  kaki pancing boleh berhubung terus dengan Sofi di talian 013-3008444.

Q




Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...