Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

26 Disember 2016

Roslan disah juara Siri Akhir Jelajah Pancing KL hari ini


SELEPAS sekian lama menyertai yang sudah memasuki tahun ke-5, Otai pancing, Roslan akhirnya berjaya meraih gelaran yang diidamkan apabila mengesahkan gelaran selaku juara Siri Akhir Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang berakhir di Taman Tasik Titiwangsa tengahari tadi. 

"Selama ini saya hanya memenangi kedudukan dibawah sahaja, Inilah pertama kali saya berjaya menduduki podium juara," ujar Roslan yang berjaya mendaratkan spesis toman seberat 6.500kg pada tepat 11.40 pagi sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. 

Berikutan kemenangan ini, Roslan merancang untuk menggunakan hasil yang diperolehi untuk keperluan keluarga lebih-lebih lagi memenuhi persiapan anak-anak saya yang masih bersekolah. 

Sementara itu, tempat kedua berjaya disandang oleh seorang lagi otai, Usop Hudlar yang sememangnya cukup dikenali dikalangan kaki pancing sekitar Lembah Kelang menerusi hasil tangkapan ikan patin seberat 4.485kg manakala Fuad muncul pemenang tempat ketiga dengan kejayaan menaikkan ikan patin 3.680kg. 

Lebih 1,000 kaki pancing menyertai pertandingan kali ini yang dimulakan pada jam 8.02 pagi dan berakhir pada jam 12.02 tengahari.


05 Disember 2016

RM75K menanti juara Tutup Tirai 2016 Seri Bayu Tekala

Sila klik flyer diatas untuk melihat paparan info pertandingan berskala besar

Jelajah Pancing KL Siri 5 di Tasik Ampang Hilir (4/12/2016)

04 Disember 2016

Bazil Shahrul Nazri dinobatkan juara Jelajah Pancing KL di Tasik Ampang Hilir hari ini


IKAN patin seberat 13.730 kg  nyata membawa tuah kepada pemancing muda, Bazil Shahrul Nazri yang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi.

Bazil yang juga lebih gemar dipanggil Din berjaya menaikkan ikan tersebut  pada jam 8.59 pagi dan ia tidak dapat dipintas oleh kaki pancing lain sehingga pertandingan tamat pada jam 12 tengahari.

Tempat kedua disandang otai pancing, Yusuf Hudlar yang membawa pulang hadiah RM3,000 dengan hasil tangkapan spesis yang sama seberat 11.280 kg sementara Tam pula mengondol hadiah tempat ketiga dengan hadiah RM1,000 menerusi juga ikan patin.

Lebih 800 peserta mengambil bahagian yang diadakan di Taman Tasik Ampang Hilir anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  dengan kerjasama Team Jom Kaki Pancing.

Hadiah kepada pemenang utama telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancong dan Sukan DBKL, Encik Ab Salim bin Mansor sambil disaksikan Konsultan Pertandingan, Encik Rosli bin Yahya.

Rosli ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah melahirkan rasa bangga dengan sambutan yang diterima dikalangan kaki pancing yang bukan sahaja Lembah Kelang malah turut disertai kaki pancing dari Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan kawasan sekitarnya.

"Saya amat gembira dengan komitmen ditunjukkan kaki pancing dalam penyertaan mereka pada JPKL yang sudah memasuki tahun ke-5," ujarnya.


03 Disember 2016

Daftar awal Game Jelajah Pancing KL sedang berlangsung


Sesi pendaftaran awal Game Jelajah Pancing KL di Taman Tasik Ampang Hilir sedang berlangsung dan akan berakhir pada jam 10 malam ini diikuti awal pagi esok dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Jangan lepaskan peluang...jom serbu awal. Yuran cuma RM30/ satu joran.

Jom daftar awal game Jelajah Pancing KL petang ini


Jangan lupa untuk daftar awal Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Taman Tasik Ampang Hilir  mulai  jam 3 petang ini (Sabtu)  hingga 10 malam dan pada Ahad dari jam  6 pagi hingga 10 pagi. Yuran macam biasa RM30/satu joran.

Untuk makluman sila pastikan sticker diperolehi sebelum memancang. Info lanjut, contact 013-3052811,  013-2667011, 017-3727420, 012-2846811.


12 November 2016

Juara Memancing bersama Jejak Suci menjadi milik Pak Nik Cacing


PERTANDINGAN Memancing bersama Jejak Suci yang berlangsung pada kelmarin menjadi milik Pak Nik Cacing dari Kemaman, Terengganu sekaligus muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.

Tempat kedua pula disandang oleh Hafizuddin dari Kuantan, Pahang manakala pemancing dari Kuala Terengganu bernama Zali menduduki tempat ketiga.

Tahniah buat semua para pemenang!

03 November 2016

Jom rasai kesegaran dengan menginap di Zira Mohd Chalet


Ingin menghirup kesegaran udara di dalam kawasan hutan dalam bandar, anda boleh merasai dengan menginap di Zira Mohd Kemensah Chalet dengan harga berpatutan. Turut disediakan kemudahan BBQ, kolam mandi-manda yang pasti menyajikan kepuasan. 

Paling terbaru, chalet ini menerima kehadiran delegasi pengunjung yang terdiri daripada para pelajar International School of Kuala Lumpur. 

Info lanjut, hubungi Mohd 017-2196043.


Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...