Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

Patin seberat 6.225kg lonjak nama Abu juara Jelajah Pancing KL di Tasik Permaisuri

Blog Direktori Memancing

31 Disember 2014

Peta dan kordinat GPS ke Pertandingan Memancing 2015


Inilah peta dan kordinat GPS menuju ke Pertandingan Memancing 2015.  Bagi kaki pancing yang ingin berdaftar secara walk-in masih berbuat demikian dengan datang beramai-ramai boleh datang ramai-ramai ke kaunter urusetia yang sedia menanti anda di Taman Tasik Ampang Hilir hari ini.

29 Disember 2014

Seri Bayu Tekala buka tirai 2015 dengan Cabaran Memancing 18 Januari ini


KOLAM Seri Bayu Tekala, Semenyih akan membuka tirai tahun 2015 dengan Cabaran Memancing pada 18 Januari ini yang menawarkan hadiah sebanyak RM42,000.00 buat juara.

Tambah memeriahkan gegaran pertandingan,  kolam berkenaan turut menyediakan satu lagi cabaran dikenali Cabaran Sabtu Malam Minggu yang setia menanti kaki pancing.

28 Disember 2014

Tarikh pancang Pertandingan Memancing 2015 pada 31 Disember ini


PENGANJUR Pertandingan Memancing 2015, Kolam Pancing Lagenda ingin memaklumkan kepada semua kaki pancing bahawa tarikh pancang pertandingan itu ialah pada 31 Disember ini.

Berikut tentatif program pada tarikh berkenaan:
10 pagi hingga ke hari pertandingan - sesi pendaftaran
12 tengah hari - pengambilan pelekat pancang, joran dan badan
4 petang -  sesi pancang

Sebarang masalah atau ingin menyertai pertandingan ini, boleh hubungi Puan Hasliza AR Kamaludin di talian 016-2375821.

Jumpa di sana......!!!!

Harap maklum dan terima kasih.

26 Disember 2014

Selangor Plus Fun Run ditunda pada 8 Februari ini


KENYATAAN MEDIA
Urusetia Selangor Plus Fun Run 2014

Assalamulaikum dan Selamat Malam kepada semua peserta-peserta SELANGOR PLUS FUN RUN 2014

Ingin dimaklumkan bahawa Selangor Plus Fun Run yang sepatutnya berlangsung pada 28 Disember 2014 ditunda ke 8 Februari 2015 sebagai menghormati mangsa banjir di Pantai Timur,

Nota :AJK akan berada di kaunter fun run dan sekiranya ada peserta yang ingin menuntut kembali wang tersebut boleh berbuat demikian atau wang tersebut di bawa pada 8hb. Febuari 2015 nanti..

Sebarang masalah atau kemusykilan, boleh hubungi kami.

Harap maklum..Terima kasih.

25 Disember 2014

Pertandingan Memancing 2015: Jom daftar awal dan jangan terlepas RM70,000


Sesi pendaftaran (walk in) bagi Pertandingan Memancing 2015 anjuran Kolam Pancing Lagenda telahpun bermula.

Buat kaki pancing khususnya sekitar Lembah Klang boleh datang ramai-ramai untuk mendaftar dan dapatkan info terperinci berhubung pertandingan daripada pihak urusetia yang sedia menanti anda di Taman Tasik Ampang Hilir dari jam10 pagi hingga 6 petang pada setiap hari. Jangan tunggu-tunggu lama, nanti terlepas peluang genggam RM70,000 selaku juara.

22 Disember 2014

Hadiah sapu bersih menanti pemenang di Kolam Pancing Rozali 27 Disember ini

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

20 Disember 2014

Pertandingan Memancing 2015: Kuanter daftar awal dibuka bermula 25 Disember ini


DEBARAN Pertandingan Memancing 2015 kian terasa. Menjelang pertandingan yang bakal menjelma,  pihak penganjur, Kolam Pancing Lagenda akan membuka kaunter  berhampiran dewan dan taman permainan Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur  untuk pendaftaran awal (walk in) kepada kaki pancing bermula 25 Disember ini dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Sebagai memeriahkan lagi suasana, kira-kira 500 helai baju secara percuma disediakan bagi mereka yang melakuan pendaftaran awal ini.

Sebarang masalah atau info lanjut mengenai pertandingan ini, boleh hubungi Puan Hasliza AR Kamaludin di talian 016-2375821.

19 Disember 2014

RM121,000 hadiah keseluruhan menanti pemenang di Tasik Shah Alam Ahad ini

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

18 Disember 2014

Jom ramai-ramai sertai Larian Selangor Plus Fun Run di Shah Alam 28 Disember ini

Sila klik flyer diatas untuk melihat info larian berskala besar.

16 Disember 2014

Isu Lesen Pemancing Ikan: Ismail Sabri arah cadangan itu dibatalkan serta-merta


Berikutan isu melesenkan Pemancing Ikan, Menteri Pertanian dan Asas Tani, YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan cadangan peraturan yang ingin diperkenalkan Jabatan Perikanan Malaysia dibatalkan dengan serta-merta.

Khairie Fauzi bawa pulang RM60,000 selepas juarai Cabaran Memancing Tutup Tirai Seri Bayu Tekala


ENCIK Mohamad Khairie Muhammad Fauzi telah muncul juara Cabaran Memancing Tutup Tirai 2014 Kolam Pancing Seri Bayu Tekala yang berlangsung kelmarin.

Beliau yang datang dari Taman Panchor Jaya, Seremban berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM60,000 selepas berjaya mendaratkan spesis pacu seberat 11.055kg. Bagi tempat kedua dan ketiga telah dimenangi  Dato' Mohd Yusof Hambali dari Shah Alam dengan hasil tangkapan pacu (10.910kg) dan Suladi Sampir dengan patin seberat 10.335kg.

Dikesempatan itu juga pihak pengurusan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang memberi sokongan setiap kali pertandingan diadakan di kolam tersebut disamping ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 buat semua.




15 Disember 2014

Moh buru RM12,000 + motosikal juara Cabaran Pantai Telekom, Kemaman 20 Disember ini

Sila klik flyer diatas untuk mrlihat info pertandingan berskala besar.

13 Disember 2014

Gegaran Kolam Seri Bayu Tekala: Jom pacak Jackpot Terkumpul malam ini dan Cabaran Tutup Tirai pagi esok

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

11 Disember 2014

10 Disember 2014

Peserta Seri Bayu Tekala kini gunapakai sistem daftar bernombor




PIHAK pengurusan Kolam Pancing Seri Bayu Tekala ingin memaklumkan bahawa para peserta yang akan mengmbil bahagian perlu menggunakan sistem pendaftaran bernombor yang akan bermula 13 Disember 2014; hari Sabtu dan cabutan nombor pendaftaran akan dibuka bermula pada jam 4 petang.

Demikian ditegaskan pengurus kolam berkenaan, Puan Bariah kepada Joran Pancing.

"Sistem ini dibuat untuk mengelakkan tempahan tapak daftar. Ia diharap mampu memuaskan hati semua kaki pancing yang bertanding. Biar para peserta dapat tahu dan nombor mula pada jam 4 petang dan pendaftaran pula jam 5 petang.

Dalam pada itu, Puan Bariah menambah, pihaknya juga memutuskan pada setiap Sabtu malam minggu akan diadakan Pertandingan Cabaran Jackpot Terkumpul di Kolam 1 yang melibatkan target spesis pacu 9kg ke atas dimana yuran penyertaan cuma RM40 (RM35 + 5 jackpot)


Info lanjut sila layari Facebook Seri Bayu Tekala

09 Disember 2014

Cuma 3 hari sahaja lagi Pertandingan Memancing bersama Jejak Suci bakal bergema

Sila klik flyer diatas untuk melihat paparan info pertandingan berskala besar.

08 Disember 2014

Pertandingan Memancing 2015. RM70,000 milik siapa?




Pertandingan memancing bersempena Tahun Baru 2015 yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 dan RM70,000 akan menjadi hak mutlak juara.

Ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pertandingan ini, sila layari link berikut: Pertandingan Memancing 2015

03 Disember 2014

Ayuh serbu Seri Bayu Tekala 14 Disember ini. RM60,000 menanti juara

Sila klik fyler diatas untuk melihat paparan info pertandingan berskala besar.

01 Disember 2014

Jejak Suci kembali dengan gegaran Memancing Cuti Sekolah 12 Disember 2014



SELEPAS pembatalan angkara masalah banjir yang melanda baru-baru ini, Jejak Suci kembali lagi dengan Gegaran Memancing sempena Cuti Sekolah yang akan berlangsung di Tasik Jejak Suci A.M.B.S. Dungun pada 12 Disember 2014.

Pada kali ini, hadiah juara ditawarkan tetap sama iaitu sebanyak RM20,000 buat kaki pancing yang bergelar juara.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...