Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

Jelajah Pancing KL Siri 7/2017 di Tasik Ampang Hilir 24 September 2017

Pertandingan Memancing Pantai di Lanjut Beach & Golf Resort 7 Oktober 2017

Memancing bersama Jejak Suci 13 Oktober 2017

Memancing bersama Jejak Suci 13 Oktober 2017

Blog Direktori Memancing

21 Februari 2009

RM15,000 jadi rebutan di Putrajaya esok


HADIAH wang tunai lebih RM15,000 dan pelbagai barang menanti peserta Pertandingan Memancing Terbuka Putrajaya 2009, di Tasik Putrajaya, Presint 1 di sini, sempena sambutan Hari Wilayah, esok. Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman (foto) berkata, pihaknya mensasarkan lebih 1,500 pemancing menyertai pertandingan yang memasuki siri ketujuh itu.
"Yuran penyertaan RM30 bagi satu joran dan pertandingan dijangka bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. "Kita juga akan mengadakan acara cabutan bertuah dan pelbagai acara sampingan termasuk pertandingan melukis dan memasak bagi memeriahkan acara itu," katanya di sini, semalam.
Juara ditentukan berdasarkan mata terkumpul bagi setiap ikan yang akan menerima RM5,000 dengan hadiah iringan, pemenang kedua RM3,000, ketiga RM2,000, keempat hingga ke-13 menerima RM200 dan hamper, manakala tempat ke-14 hingga ke-20 memperoleh hadiah sagu hati. Pertandingan kali ini juga menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk cabutan bertuah bonanza yang menawarkan hadiah utama dua motosikal selain barangan elektrik, hamper dan wang tunai kepada pemenang.- sumber BH

12 Februari 2009

RM10,000 gamit juara Karnival Memancing Pantai Irama

KARNIVAL MEMANCING PANTAI IRAMA 2009
LOKASI : PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

TARIKH : 7 MAC 2009 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG

YURAN RM 60 / JORAN


HADIAH

PERTAMA : RM 10,000
KE 2 : RM 4,000
KE 3 : RM 1,000
KE 4 : RM 500
KE 6-10 : RM 200
KE 11-15 : RM 100
KE 16-20 : RM 60

CABUTAN BERTUAH

SEBUAH MOTOSIKAL
TV
BARANGAN ELEKTRIK
20 HAMPER

PERTANYAAN:

HUBUNGI
FAIZOL (019-9889590)

11 Februari 2009

Bukit Gantang, siulan kaki pancing di utara Perak


BAGI kaki pancing, lagi jauh menjelajah maka lagi jauh pengalaman. Barangkali tidak salah jika anda merancang makan angin ke utara Semenanjung, mungkin ada baiknya Kolam Memancing Bukit Gantang dijadikan lokasi persinggahan sementara dalam percutian anda.
Terletak di utara negeri Perak, kolam ini yang semakin menjadi siulan dikalangan kaki pancing telah dibuka pada detik hari kemerdekaan negara tahun lalu iaitu 31 Ogos 2008. Operasinya dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Kolam ini menawarkan pelbagai jenis spesis ikan tawar termasuk rohu, patin, lampam, lekoh, keli dan sebagainya.
Keterangan lanjut boleh hubungi orang kuat kolam ini, Zamrud di talian : 013-5310909.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...