Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

28 April 2017

Cabaran Memancing PD: Medan penentuan juara 1 Mei ini


Inilah medan penentuan juara #cabaranmemancingportdickson yang akan membawa pulang RM15,000 pada 1 Mei ini bersamaan (Isnin). Masih belum terlewat untuk rakan pancing joran galah/panjang mendaftar dengan yuran cuma RM50 sahaja dan 500 helai disediakan untuk pendaftaran terawal.

Kredit kepada: FB Page Berita Pancing

27 April 2017

RM30,000 menanti pemenang Cabaran Memancing Port Dickson 1 Mei ini


Artikel " RM30,000 menanti pemenang #cabaranmemancingportdickson" menjadi sisipan Majalah Umpan hari ini. Ayuh...rakan-rakan pancing jom serang ke PD 1 Mei ini sambil beriadah bersama keluarga. 

Macam-macam aktiviti ada anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson sempena #festivalpantaiportdickson Terbaiklah GM Tuan Baharudin Jali....

Pameran Memancing & Kembara Aktiviti Luar di Setia City


Pameran produk memancing terbaharu TCE Tackles 24-30 April 2017


25 April 2017

Jom daftar online Memancing bersama Jejak Suci sekarang!!!


CABARAN MEMANCING BERSAMA JEJAK SUCI
TARIKH: 12 MEI 2017 (JUMAAT)
JAM: JAM 8.30 PAGI HINGGA 11.30 PAGI
LOKASI: TASIK JEJAK SUCI, KM2, JALAN AMBS-PASIR RAJA, DUNGUN, TERENGGANU

Salam pancing semua khususnya sekitar Pantai Timur.... Bayaran pancing secara onlineb untuk pertandingan ini telah dibuka sekarang!!!

Yuran cuma RM79 dan anda bakal berpeluang membawa pulang hadiah juara RM27,000.  Kira-kira 400 helai dan 10 cabutan bertuah disediakan untuk pendaftaran terawal.

Sila baca arahan dan ikuti arahan pembayaran yang terdapat dalam flyer pertandingan.

Peraturan pertandingan boleh dirujuk kepada meja urusetia.

Info selanjutnya boleh berhubung terus dengan:
CIKGU NASIR -  0139233299
KAMARUZAMAN - 0199664314



24 April 2017

Apa kata Abdul Latif Mazlan, juara Jelajah Pancing KL Siri 4/2017

Jelajah Pancing Kuala Lumpur Siri 4/2017 (Taman Tasik Ampang Hilir)

Berbekal roti, Latif muncul juara Jelajah Pancing KL



Inilah brader kita, Abdul Latif Mazlan, 49 tahun yang muncul juara #jelajahpancingkualalumpur berbekalkan umpan roti.

Yang menakjubkan tentang dia pada pertandingan kali ini,  kejayaannya mendaratkan ikan patin seberat 21.180kg berbaki satu minit sebelum siren penamat dibunyikan sekaligus mengenepikan pencabar terdekat terutama Yop dan Naz yang twrdahulu mengungguli kedudukan podium utama,

Tahniah buat semua pemenang!

Senarai pemenang utama Jelajah Pancing KL di Tasik Ampang Hilir


SENARAI PEMENANG UTAMA
#jelajahpancingkualalumpur Siri 4/2017
Tarikh: 23 April 2017 (Ahad)

1. Abdul Latif Mazlan - patin; 21.180kg
2. Ismail Talib (Yop) - patin; 10.960kg
3. Nazri Othman - patin; 10.590kg
4. Zulfami - patin; 8.340kg
5. Fitri - patin; 8.275kg
6. Aiman TLL - patin; 5.245kg
7. Jaya - patin; 3.945kg
8. Tam -  patin; 3.695kg
9. Mokk -  patin; 3.365kg
10. Nick - patin; 2.970kg

Latif raih juara selepas 12 tahun bergelumang dunia memancing



"Selama 12 tahun berkecimpung dalam arena memancing, inilah pertama kali saya meraih podium juara pada sesuatu pertandingan," ujar Abdul Latif Mazlan selepas diumumkan sebagai juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir hari ini.

Paling teruja kejayaan Abdul Latif dicapai ketika pertandingan berbaki satu minit sebelum siren penamat pertandingan dibunyikan.

Beliau yang berasal dari Singapura berjaya mendaratkan seekor ikan patin seberat 21.180 kg pada jam 12.29 tengahari sekaligus mengenepikan Ismail Talib atau lebih dikenali sebagai Yop yang pada mulanya berkedudukan selesa mendahului pertandingan dengan angkatan patin seberat 10.960 kg pada jam 8.48 pagi.

Tempat ketiga pula disandang oleh Ahmad Nazri Othman yang berjaya menaikkan ikan patin seberat 10.590 kg pada jam 11.40 pagi.

Hadiah kepada para pemenang utama disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan,Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Puan Zalina binti Ahmad Hamidee. Turut hadir ialah Pengurus Tajaan dan Sukan, 100 Plus, Muhamad Fauzi Ahmad.


22 April 2017

Jom serbu Tasik Ampang Hilir untuk daftar awal petang ini



Salam pancing semua. Jangan lupa mulai jam 3 petang ini hingga jam 10 malam atau esoknya mulai jam 6.30 pagi, jom serbu ke Taman Tasik Ampang Hilir untuk mendaftar #jelajahpancingkualalumpur . Yuran cuma RM30 sahaja.

Bagi menghargai komitmen,  para peserta yang mendaftar awal akan menerima produk  Oishi Green Tea (tin).

Perlu diingatkan bawa pancang besi untuk pancang.(dapatkan stricker pancang terlebih dahulu sewaktu membuat pembayaran).

Spray, rentangan tali, kayu, buluh dan pancang sebelum waktunya tidak digalakkan. Harap maklum.

18 April 2017

Pelepasan ikan sempena Jelajah Pancing KL di Tasik Ampang Hilir pagi semalam



Pada pagi semalam telah berlangsung majlis pelepasan ikan oleh pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lunpur (DBKL) dan rakan penaja sempena #jelajahpancingkualalumpur Ahad ini.

Mereka terdiri daripada Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan DBKL, Haji Anwar Bin Mohd Zain (kiri sekali) diikuti Timbalan Pengarah, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, DBKL, Puan Suriyani Zakaria, Pengurus Besar Biro Pelancongan Kuala Lumpur, Encik Khairul Anuar Mhd Juri dan Pengurus Tajaan dan Sukan, 100 Plus, Muhamad Fauzi Ahmad.

 Ironisnya, rakan penaja turut menyediakan 1,000 air minuman produk Oishi Green Tea (Tin) disediakan untuk pendaftaran peserta terawal. Yuran RM30 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada sabtu ini bermula jam 3 petang hingga 10 malam.

 Maklumat lanjut terutama berkaitan pendaftaran boleh berhubung dengan pihak urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811.

12 April 2017

Jom kembali hogoh Pari Nenasi 'STINGRAY HUNTER' II 30 April ini

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

10 April 2017

Bayaran online Cabaran Memancing PD kini dibuka


Bayaran secara online Cabaran Memancing Port Dickson 2017 yang akan berlangsung di Pantai Cahaya Negeri pada 1 Mei ini kini telah dibuka.

Sila ikuti syarat-syarat yang ditetapkan ketika membuat bayaran sepertimana yang tertera dalam flyer pertandingan. Yuran cuma RM50/ 1 joran 2

03 April 2017

Apa kata pemenang utama Jelajah Pancing KL Siri 3 di Tasik Metropolitan

Wajah pemenang podium utama Jelajah Pancing KL di Tasik Metropolitan semalam

Muhd Haikal Razman - Juara
Siew Yew Keong - Tempat Kedua

Khairul Azwan Abdul Razak - Tempat Ketiga

Patin 8.275kg realitikan impian Haikal bergelar juara

Patin 8.275KG realitikan impian Haikal bergelar juara



Ikan patin seberat  8.275 kilogram (kg) yang didaratkan oleh Mohd Haikal Razman, 16. telah menobatkan dirinya sebagai juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) di Taman Tasik Metropolitan, Kepong pada semalam.

Beliau berjaya mengalahkan lebih 1,000 peserta dan membawa pulang hadiah RM7,000.

Sewaktu ditemui selepas majlis penyampaian hadiah, Haikal yang pernah menduduki tempat ketiga JPKL baru-baru ini tidak pernah menduga mampu menjuarai pertandingan itu memandangkan ramai otai pancing turut mengambil bahagian.

" Saya amat bersyukur dengan kejayaan ini. Semua ini berkat sokongan keluarga saya yang tidak pernah menghalang minat saya mengikuti ayah setiap kali menyertai mana-mana pertandingan.

"Terima kasih kepada pihak penganjur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diatas penganjuran pertandingan ini, " ujar Haikal yang kelihatan agak pendiam dan rasa malu orangnya ketika diwawancara.

Belida seberat 6.980 yang dipancing Shew Yew Keong menduduki tempat kedua dengan memperolehi RM3,000 manakala tempat ketiga pula disandang Khairul Azwan Abdul Razak yang mendapat RM1,000 hasil tangkapan patin seberat 6.785kg.

Hadiah kepada para pemenang pertandingan yang berlangsung selama empat jam itu disampaikan oleh Pengurus Besar Biro Pelancongan Kuala Lumpur, Encik Khairul Anuar Mfd Juri.

Peserta bukan sahaja dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor malah ada yang datang dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...