Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

14 April 2011

Kerapu Naga menanti pengunjung Kolam LS

Pintu masuk ke Kolam Air Masin Loong Sang (LS).
Tempat istirehat disediakan untuk keselesaan pengunjung.
Salah seorang kaki pancing sedang menarik sambil melayan ikan di salah satu kolam LS.
Seekor ikan berjaya didaratkan oleh seorang kaki pancing.
Inilah salah satu kerapu yang menjadi tarikan dan kegilaan kaki pancing untuk datang ke sini.

KEBELAKANGAN ini begitu banyak sekali kolam memancing telah dibuka dan tidak kurang juga ada yang mempertingkatkan tahap kolam sedia ada demi memastikan kepuasan para pengunjung.

Paling terbaru ialah Kolam Memancing Air Masin Loong Sang (LS) yang beroperasi di Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor yang menampilkan penjenamaan semula pada 5 Mac lalu dengan menjadikan eksklusif sebagai tema utama untuk menarik perhatian pengunjung.

Pihak pengurusan kolam tersebut telah menamakan kolam 1 sebagai kolam VVIP manakala kolam 2 dijadikan kolam VIP. Paling menarik, setiap kaki pancing yang hadir di kolam ini berpeluang merasai rentapan sembilan ekor kerapu naga yang diletakkan didalamnya.

Bersesuaian dengan taraf eksklusif, setiap kaki pancing dikenakan yuran pendaftaran sedikit mahal sehingga mencapai RM150 bagi tiga jam terawal. Namun, ia masih dianggap berbaloi jika umpan di mata pancing berjaya disentap ikan-ikan disitu.





Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...