Bagi para penggemar ikan kelah khususnya di sekitar Lembah Kelang, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi jauh hingga ke Taman Negara untuk memancing spesis terbaik ini.
Ini kerana sebuah kolam memancing ikan kelah akan dibuka secara rasmi pada tarikh hari kemerdekaan tahun ini iaitu 31 Ogos yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Menurut seorang wakil kolam ini yang hanya mahu dikenali sebagai Sofi berkata, kerja-kerja pembinaan kolam akan lengkap sepenuhnya dan nama kolam akan diumumkan menjelang detik hari kemerdekaan.
"Saya berharap dengan adanya kolam ini, ramai kaki pancing terutama penggemar ikan kelah tidak melepaskan peluang keemasan untuk merasai tarikan ikan tersebut sambil menikmati suasana nyaman dan pemandangan indah sekitar kolam yang diseliputi kawasan hutan.
"Buat permulaan, kolam ini menetapkan bayaran masuk untuk memancing kelah ialah sebanyak RM100/sejam. Setiap pemancing sekurang-kurangnya perlu memancing masa minima selama 2 jam.
Selain kelah kata Sofi, pihaknya juga menyediakan sebuah kolam memancing untuk penggemar ikan air tawar lain seperti patin, rohu dan talapia.
"Setiap pemancing yang hendak memancing patin, rohu dan talapia dikenakan kadar lebih rendah iaitu RM20/sejam dan mereka perlu memancing masa minima selama 3 jam/RM50.
Bagi kaki pancing yang berjaya mendaratkan kelah sahaja boleh membawa pulang ke rumah manakala mana-mana ikan patin, rohu dan talapia yang berjaya dinaikkan melebihi 5kg ke atas perlu dilepaskan dan akan dibayar secara tunai mengikut berat ikan.
Untuk keterangan lanjut atau memasang impian untuk memancing di kolam ini, kaki pancing boleh berhubung terus dengan Sofi di talian 013-3008444.