Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

31 Ogos 2017

25 Ogos 2017

Kolam Norhamzah port terbaik pancing udang galah di Lembah Klang


Bagi kaki pancing udang khususnya sekitar Lembah Klang, kalian mungkin tercari-cari port untuk memancing  dalam suasana damai dan menghirup udara segar sekelilingnya, Kolam Udang Galah Norhamzah antara pilihan terbaik. 

Lokasinya terletak di Kampung Kemensah (belakang Zoo Negara). Kolam Ini turut menawarkan pakej istimewa buat kaki pancing. 

Ayuh.... jangan lepaskan peluang memancing disana. Contact: 013-3603738.


18 Ogos 2017

Jom gempur Pantai Sungai Lurus, Batu Pahat 20 Ogos ini. RM25,000 menanti juara

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

17 Ogos 2017

Pesta Memancing di Kolam D'Zi di Peragap Dalam, Temerloh Sabtu ini. Juara RM10,000

Sila klik fyler diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

15 Ogos 2017

Senarai pemenang utama Jelajah Pancing KL di Tasik Metropolitan


SENARAI PEMENANG UTAMA
JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR
TARIKH: 13 OGOS 2017
LOKASI: TAMAN TASIK METROPOLITAN, KEPONG

JUARA
Razman Abu Hassan; (Adi) Berat: 12.235kg - Patin
TEMPAT KE-2
Mohamad Ridzuan; Berat: 5.695kg - Belida
TEMPAT KE-3
Molik Yaakub (Joe Lab);  Berat: 5.665kg - Belida
4. Samy; Berat: 5.475kg - Belida
5. Izuddin; Berat: 5.465kg - Patin
6. Nizam Sg. Besi; Berat 5.250kg - Patin
7. Sulin; Berat; 4.740kg - Belida
8. Sarip; Berat: 4.345kg -Belida
9.Mat Komando; Berat 4.200kg - Belida
10. Abd Wahid Kasan; Berat: 3.900kg - Belida

14 Ogos 2017

Jelajah Pancing Kuala Lumpur Siri 6/2017 (Tasik Metropolitan Kepong)

1,126 kaki pancing gegar Jelajah Pancing KL di Tasik Metropolitan Kepong


Pertandingan memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang diadakan di Taman Tasik Metropolitan dekat Kepong pada semalam berjaya menarik penyertaan seramai 1,126 kaki pancing.
Ini merupakan salah satu jumlah penyertaan teramai pernah dicatat sejak ia mula diperkenalkan.

Pada pertandingan kali ini, Razman Abu Hassan telah dinobatkan sebagai juara dan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000.

Beliau yang memiliki pengalaman memancing selama lima tahun berjaya mendaratkan ikan patin seberat 12.235kg pada jam 9.26 pagi.

Tempat kedua dan ketiga disandang Mohamad Ridwan dan Molik Yaakub yang masing masing-masing menaikkan ikan belida seberat 5.695kg dan 5.665kg. Kedua-duanya menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan RM1,000.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongandan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Encik Zaharudin Dato' Haji Basiron dan Pengerusi Eksekutif UFL, Dato' Haji Malek Noor.

12 Ogos 2017

Noraizam genggam RM30,000 juarai Memancing bersama Jejak Suci semalam


Noraizam (tengah) dari Kota Tinggi, Johor muncul juara Memancing bersama Jejak Suci yang berlangsung di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun pada semalam.

Kejayaan ini sekaligus membolehkan dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Mengekori rapat di tempat kedua menjadi milik Mohd Jusoh (kiri)  dari A.M.B.S. Dungun manakala Fauzi dari Kuala Terengganu mendominasi tempat ketiga. Jusoh dan Fauzi masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan RM2,000.

Jelajah Pancing KL: Jom daftar awal ramai-ramai di Tasik Metropolitan mulai jam 3 petang ini


Buat kaki pancing khususnya sekitar Lembah Klang dan sekitarnya, jangan lupa serbu dan daftar awal Jelajah Pancing KL yang akan dibuka di Taman Tasik Metropolitan Kepong mulai jam 3 petang in (12 Ogos) hingga 10.00 malam dan jam 6.30 pagi hingga 10.00 pagi pada keesokan harinya. 

Dengan yuran penyertaan RM30/1 joran dua mata, kawan-kawan berpeluang membawa pulang hadiah juara RM7,000 serta hadiah cabutan bertuah sambil beriadah bersama keluarga tercinta.

10 Ogos 2017

Jom daftar awal Memancing bersama Jejak Suci petang ini


Buat kaki pancing khususnya sekitar Pantai Timur dan Lembah Klang, jangan lupa jom daftar awal Memancing bersama Jejak Suci mulai jam 5,30 petang ini di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun atau boleh juga daftar secara online ke akaun Bank CIMB: 7050100080. 

Untuk bayaran online, caranya mudah, selesai membuat bayaran, sila whatsapp slip ke 013-9233299. 300 helai t'shirt percuma menanti anda. Yuran cuma RM89 dan juara bakal bawa pulang hadiah RM30,000.

08 Ogos 2017

Perlepasan ikan sempena Jelajah Pancing KL di Tasik Metropolitan Kepong


Majlis perlepasan ikan telah berlangsung semalam di Tasik Metropolitan Kepong yang dilakukan oleh wakil DBKL Encik Muhammad Hisyam Mohd Idris bersama rakan-rakan penaja untuk Ahad ini. 

Waktu pendaftaran akan bermula Sabtu ini jam 3 petang hingga 10 malam dan esoknya Ahad jam 6 pagi hingga 10 pagi...

Hanya RM30 sahaja yuran pendaftarannya dan 1000 botol air oishi untuk daftar awal disediakan. 

Sila bawa keluarga dan jadikan percutian bersama keluarga.

04 Ogos 2017

7 hari lagi Memancing bersama Jejak Suci bakal bergema


Tinggal 7 hari sahaja lagi....gegaran Memancing bersama Jejak Suci. Yuran cuma RM89 dan RM30,000 bakal dibawa pulang sang juara.

Bagi kaki pancing yang ingin mendaftar awal, boleh membuat bayaran secara online menerusi akaun Bank CIMB: 7050100080 dan sila whatsapp slip bayaran ke 013-9233299 atau datang ke Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun pada 5.30 petang; 10 Ogos 2017.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...