Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

28 Mac 2017

Pengurusan DBKL dan penaja sempurnakan pelepasan ikan di Tasik Metropolitan


Acara #pelepasanikan sempena Pertandingan Memancing #jelajahpancingkualalumpur di #tamantasikmetropolitan disempurnakan oleh pengurusan tertinggi DBKL dan rakan penaja.

21 Mac 2017

Taman Tasik Metropolitan venue terbaharu Jelajah Pancing KL


Selepas Taman Tasik Ampang Hilir dan Taman Tasik Permaisuri, kini tiba masanya Taman Tasik Metropolitan, Kepong bakal menjadi venue terbaharu Jelajah Pancing Kuala Lumpur pada 2 April 2017 (Ahad).

Kaki-kaki pancing khususnya mereka yang belum mengambil bahagian pertandingan tahun 2017 anjuran DBKL ini, ayuh.... serang  Taman Tasik Metropolitan. Jangan kata kita tak payung yer...

#jelajahpancingkualalumpur
#tasikmetropolitankepong
#venueterbaharu
#jangankatatakpayung

19 Mac 2017

Gegaran Jelajah Pancing di Tasik Permaisuri Juara milik Faizal Ali

Faizal Ali juara Jelajah Pancing KL di Tasik Permaisuri


Seorang kaki pancing dari Shah Alam, Mohd Faizal Ali a.k.a.John 39, muncul juara sempena Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak hari ini.

Faizal berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 selepas berjaya mendaratkan ikan patin seberat 7.445kg pada jam 8.25 pagi.

Tempat kedua menjadi milik Arbain Basri dari Karak hasil kejayaan menaikkan ikan patin seberat 5.380kg manakala adik Mohd Haikal Razman 16, membolot tempat ketiga apabila mendaratkan ikan patin seberat 4.375kg. Kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM1,000.

Pertandingan ini  dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Team Jom Kaki Pancing.

Dalam pada itu, Penyeleras pertandingan, Encik Rosli Yahya berkata, lebih 800 kaki pancing telah mengambi bahagian yang bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari itu.

"Syukur alhamdulillah sepanjang 6 tahun pertandingan ini diadakan, sambutan dan penyertaan peserta sememangnya cukup memberangsangkan apatah lagi hadiah yang ditawarkan kali ini lebih besar berbanding tahun-tahun sebelumnya," ujarnya.


18 Mac 2017

Rakan pancing berpusu ke kaunter daftar Jelajah Pancing KL petang ini


Rakan-rakan pancing sedang berpusu-pusu hadir ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar awal Pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Taman Tasik Permaisuri petang ini. Yuran cuma RM30 /satu joran.

Pertandingan akan bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tgh pada  esok yang menawarkan RM7,000 buat sang juara. Ayuh...datang jangan tak datang daftar awal...!

#jelajahpancingkualalumpur
#tamantasikpermaisuri
#daftarawal
#yuran

17 Mac 2017

Jom daftar awal Jelajah Pancing KL di Tasik Permaisuri mulai petang esok



BUAT warga pancing Lembah Klang dan sekitarnya, jangan lupa untuk mendaftar awal Pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur mulai esok (18 Mac 2017) dari jam 3 petang hingga 10 malam atau boleh juga datang pada hari pertandingan (19 Mac 2017) dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi di Kaunter Urusetia di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak. Yuran cuma RM30/satu joran.

Sebarang masalah, sila hubungi terus ke talian 013-3052811, 013-2667011, 012-2846811.

14 Mac 2017

Pengarah DBKL dan penaja serikan majlis pelepasan ikan di Tasik Permaisuri



Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Puan Jabarilah Binti Ja’afar (Kanan Kedua) dan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, DBKL,  Haji Anwar Bin Mohd Zain (Kanan Ketiga) dan Pengurus Tajaan dan Sukan, 100 Plus, Muhamad Fauzi Ahmad (Kanan Pertama) melepaskan spesis ikan patin seberat 4-6 kilogram  untuk kaki pancing Ahad ini.

Disamping itu, turut berlangsung majlis ringkas penyerahan sumbangan dari penaja OSHI dan IGLOO-UFL.

11 Mac 2017

Din Pelabuhan Kuantan rangkul juara Memancing bersama Jejak Suci


Pemancing dari Pelabuhan Kuantan yang dikenali sebagai Din rangkul juara Memancing bersama Jejak Suci yang berakhir tengahari semalam.

Beliau yang duduk ditengah (berjaket) berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000.00.

Tempat kedua pula disandang oleh Mamat Seri Bandi (berbaju kuning) dari Kemaman manakala Encik Hitam dari AMBS Dungun (berbaju merah) berpuas hati di tempat ketiga.

08 Mac 2017

Jom daftar awal Memancing bersama Jejak Suci di Dungun 5 petang esok. Yuran RM69

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

06 Mac 2017

Apa kata juara Jelajah Pancing KL Siri 6 (Tasik Ampang Hilir) Fadzlan Ayub

Jelajah Pancing KL Siri 6 2017 (Tasik Ampang Hilir)

Tawan Kaloi bawa tuah buat Fadzlan Ayub


Muncul juara Jelajah Pancing KL Siri 6 Tasik Ampang Hilir

Kejayaan menawan seekor ikan kaloi seberat 2.665kg telah membawa tuah buat Mohd Fadzlan Ayub apabila ditabal sebagai juara Pertandingan Memancing Jejalah Pancing Kuala Lumpur yang berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir hari ini.

Mohd Fadzlan yang ditemui berkata, beliau tidak menyangka sama sekali kaloi yang didaratkan pada jam 8.47 pagi itu membolehkan dia muncul juara,

"Saya tidak menyangka sama dapat menaikkan ikan kaloi dan bertahan hingga ke masa penamat.

"Pada mulanya saya ingat mata kail terkena kura-kura yang memang diketahui ada di tasik ini, namun bila ditarik semakin dekat, barulah saya perhati rupa-rupanya kaloi yang membaham umpan saya,"ujarnya.

Mohd Fadzlan yang telah menyertai Jelajah Pancing Kuala Lumpur sejak tahun lalu mengakui pernah memenangi hadiah di tempat terbawah namun kali ini impian untuk bergelar juara akhirnya termakbul jua.

Berikutan kejayaan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7,000, Mohd Fadzlan mahu menggunakan hadiah kemenangan untuk menyelesaikan apa sahaja masalah kewangan yang dihadapinya. Selebihnya, dia mahu menggunakannya untuk keperluan peribadi.

Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Mohd Farid Napie yang menaikkan ikan patin seberat 1.435kg manakala Wan Mohd Zahid Wan Nasir mengondol tempat ketiga menerusi hasil tangkapan haruan seberat 1.285kg pada detik penamat pertandingan.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Haji Anwar Mohd Zain.

Lebih 1,000 kaki pancing telah mengambil bahagian pada pertandingan yang memasuki tahun keenam tahun ini.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...