


Boleh dikatakan ramai kaki pancing terutama otai berkumpul di situ baik pagi, petang mahupun malam semata-mata untuk melepaskan gian memancing atau beriadah bersama keluarga.
Konsep memancing yang diamalkan disini ialah catch and release dan bayaran masuk cuma RM10.00 sahaja/1 joran bagi tempoh masa 4 jam.
Antara favourite ikan yang terdapat di kolam ini ialah patin, pacu, talapia, haruan dan keli.
Jika ada dikalangan kaki pancing yang berjaya mendaratkan ikan seberat 6kg ke atas berpeluang memenangi jackpot yang disediakan.
Itu belum lagi jackpot mingguan yang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad yang menawarkan hadiah wang tunai RM300.00 selaku juara diikuti tempat kedua (RM200.00) dan tempat ketiga (RM100.00). Bagi mereka yang ingin menyertai jackpot ini hanya dikenakan bayaran masuk sebanyak RM30.00/satu joran.
Untuk kesini, mudah sahaja. Ikut papan tanda arah ke arah kawasan Ukay Perdana baik dari Ampang Point mahupun Taman Melawati. Sebaik melintasi dua traffic light, anda akan melihat Pusat Komuniti Penduduk disebelah kanan. Dari situ sejauh 100 meter, anda harus memperlahankan kenderaan untuk membelok ke kanan dan terpapar deretan rumah dua tingkat. Jalan terus dan anda akan temui pondok kecil polis komuniti Taman Bukit Mulia kemudian belok ke kiri. Jalan terus anda menemui Surau Taman Bukit Mulia. Dari situ, lebih kurang 100 meter, anda akan melihat kolam pancing ini yang terletak disebelah kanan atau klik sahaja peta lokasi Kolam Pancing Air Tawar
Sebarang info lanjut mengenai kolam ini, sila hubungi Ben di talian 012-2604763.

