Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

23 November 2008

Lekoh seberat 2.3kg bawa Bob pertahan juara mingguan


PEMANCING regular, Bob (foto) mencipta kejayaan unik apabila mempertahankan kejuaraan dua minggu berturut-turut Jackpot Mingguan Kolam Ruskijang Park malam tadi. Kejayaan ini dicapai selepas beliau berjaya mendaratkan ikan lekoh seberat 2.300 kilogram sekaligus meraih hadiah wang tunai RM500.00 sambil mengenepikan cabaran 56 peserta lain.
Tempat kedua disandang Pak Man sementara Adi yang mendahului pertandingan sehingga jam 12.00 tengah malam sebaik sahaja menaikkan ikan tongsan seberat 2.150 kilogram terpaksa berpuas hati di tangga ketiga.

KEPUTUSAN PENUH JACKPOT MINGGUAN
KOLAM RUSKIJANG PARK KEMENSAH
22 NOVEMBER 2008

Juara (RM500.00)
BOB - Lekoh: berat 2.300 kg
Naib Juara (RM250.00)
PAK MAN - Pacu: berat 2.300kg
Tempat Ke-3 (RM130.00)
ADI - Tongsan: berat 2.150kg
Tempat Ke-4
IKMAL - Tongsan: berat 2.000kg
Tempat Ke-5
YUSOF- Pacu: berat 1.800kg
Tempat Ke-6
MAZLAN - Tongsan: berat 1.800kg
Tempat Ke-7
ASAN - Patin: berat 1.400kg
Tempat Ke-8
HAFIZ - Patin: berat 1.100kg

16 November 2008

Kemenangan ini penamat 'mangkau' - Bob


“Setelah sekian lama ‘mangkau’ dan gagal menduduki ranking terbaik jackpot di kolam ini, kemenangan yang dicapai malam ini seolah-olah menamatkan segala badi yang menimpa saya sebelum ini. Syukur alhamdulillah,” demikian kata Bob @ Mok secara ringkas sebaik sahaja muncul juara Jackpot Mingguan Kolam Ruskijang Park dekat Hulu Klang sebentar tadi. Beliau berkata, sudah banyak kali menyertai pertandingan di kolam ini bersama rakan-rakannya tetapi kerap tidak bernasib baik. “Selalunya sayalah yang membancuh dedak sebagai umpan apabila menyertai pertandingan. Yang peliknya, rakan-rakan saya tidak pernah pulang hampa sekurang-kurangnya menghiasai kedudukan ranking manakala saya pula menjadi sebaliknya. "Kemenangan ini setidak-tidaknya mengembalikan semula semangat saya untuk bertanding pada masa depan.”ujarnya.

Berikutan kejayaan menjuarai jackpot minggu ini, Bob berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500 selepas mendaratkan ikan tongsan seberat 2.220 kg sekaligus mengenepikan cabaran 58 peserta yang mengambil bahagian. Tempat kedua dimenangi Shahrin, seorang anggota kerajaan dari Ampang yang menaikkan ikan tongsan seberat 2.050 kg manakala tempat ketiga diraih Hafiq yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM130 menerusi tangkapan ikan patin yang beratnya sama dengan Shahrin. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Hamzah Idrus, pengusaha kolam selepas pertandingan berakhir.

KEPUTUSAN PENUH
Juara (RM500.00)
BOB - Tongsan: berat 2.220 kg
Naib Juara (RM250.00)
SHAHRIN - Tongsan: berat 2.050kg
Tempat Ke-3 (RM130.00)
HAFIQ - Patin: berat 2.050kg
Tempat Ke-4
ZULKIFLI BOTAK - Tongsan: berat 2.005kg
Tempat Ke-5
YUSOF H KLANG - Tongsan: berat 1.790kg
Tempat Ke-6
ROSTAM - Lekoh: berat 1.775kg
Tempat Ke-7
ASURY U PERDANA - Lekoh: berat 1.570kg
Tempat Ke-8
SAMEON - Patin: berat 1.350kg
Penyertaan peserta: 71 orang

02 November 2008

Patin angkat Amirul juara termuda Jackpot


“Saya tidak menyangka sama sekali dapat menjuarai jackpot bulanan pada kali ini. Syukur alhamdulillah. “Pada mulanya saya agak tertekan juga memandangkan jumlah penyertaan peserta agak ramai apatah lagi ramai yang bertanding terdiri daripada mereka yang jauh berpengalaman dan sudah memenangi pelbagai pertandingan. "Itulah kata Amirul Mohamad, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Jalan Ipoh yang muncul juara Jackpot bulan Oktober kolam Pancing Ruskijang Park selepas menaikkan ikan patin seberat 1.860kg dengan mengenepikan 70 peserta lain.

Amirul, juara termuda memenangi jackpot bulanan di kolam ini kelihatan ceria dan berkongsi kegembiraan bersama ayah dan datuk tersayang ketika menerima hadiah kemenangan selepas sekian lama tidak merasai kedudukan terbaik ketika menyertai sebarang pertandingan sebelumnya. Berikutan kejayaan ini, Amirul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 yang disampaikan pengusaha kolam, Hamzah Idrus. Tempat kedua pula menjadi milik Baktiar sementara Salam mengungguli tempat ketiga. Baktiar dan Salam masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM250.

Bagi Hamzah, penyertaan dikalangan pemancing pada kali ini agak tinggi berbanding pertandingan jackpot beberapa bulan sebelumnya. “Sebenarnya saya agak terkejut juga jumlah peserta yang menyertai jackpot bulan ini memandangkan pada waktu pendaftaran jam 6.30 petang kehadiran mereka cuma sekitar 30 orang sahaja. Namun ia meningkat sedikit demi sedikit sehingga memenuhi setiap sudut kolam. “Apa pun, ini adalah satu perkembangan baik dan kami ingin ucapkan terima kasih atas komitmen diberikan setiap pemancing yang datang bertanding. Di pihak kami sebagai penganjur, ia akan menambahkan lagi semangat kami untuk menjadikan pertandingan jackpot di kolam kami antara terbaik di Lembah Klang.

KEPUTUSAN PENUH
JACKPOT BULANAN (1 NOVEMBER 2008)
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK

Juara (RM1,000.00)
AMIRUL - Patin: berat 1.860 kg
Naib Juara (RM500.00)
BAKTIAR - Pacu: berat 1.800kg
Tempat Ke-3 (RM250.00)
SALAM - Pacu:berat 1.430kg
Tempat Ke-4
AKMAL - Lekoh: berat 1.335kg
Tempat Ke-5
HAIKAL- Pacu: berat 1.275kg
Tempat Ke-6
M.ROSLI - Rohu: berat 1.235kg
Tempat Ke-7
APAI - Rohu: berat 1.120kg
Tempat Ke-8
YUSOF K - Patin: berat 1.105kg

Penyertaan peserta: 71 orang

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...