Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

30 Julai 2008

Melayan ikan di Kolam Laguna Kelana Jaya








ANDAI mahu merasai kenikmatan menarik ikan serta bayaran daftar masuk berpatutan, tidak syak lagi Laguna boleh dianggap sebagai salah satu kolam ikan air tawar yang menjadi pilihan di kalangan warga kota di sekitar Lembah Klang. Terletak berhadapan dengan pusat membeli belah The Giant dan membelakangi stesen minyak Shell Kelana Jaya, Laguna sememangnya diakui cukup digemari kaki pancing yang saban hari tidak akan melepaskan peluang untuk memancing jika ada masa terluang.

Penulis yang berkesempatan turun ke port tersebut awalnya tidak mengharapkan apa-apa ketika memancing. Cuma sekadar untuk menenangkan jiwa bersama-sama kawan-kawan. Bagaimanapun, selepas setengah jam berlalu, tarikan ikan pacu secara tiba-tiba menyentap umpan dedak yang dibuat oleh rakan penulis yang sekali menambah semangat penulis untuk memberi lebih tumpuan menaikkan lebih banyak ikan. Hasilnya, 4 ekor ikan berlainan jenis berjaya dipancing selepas memancing selama tiga jam. Bagi penulis, soal besar atau kecil tidak menjadi persoalan.Apa yang lebih penting, feel menarikkan melebihi segala-galanya. Boleh dikatakan kolam Laguna seolah-olah sinonim dengan penulis biarpun baru pertama kali turun ke situ. Dengan berbekalkan bayaran cuma RM10.00 sahaja sekali masuk sudah cukup menceritakan betapa kolam tersebut memiliki keistimewaan tersendiri.

14 Julai 2008

Cabaran Memancing Jambatan Pulau Bunting 9 Ogos

PKWR Parlimen Jerai dan PKWR DUN Sungai Limau dengan kerjasama Pejabat Daerah Yan akan menganjurkan Cabaran Memancing Jambatan Pulau Bunting 2008 pada 9 Ogos depan.

Menurut Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, jambatan Pulau Bunting dipilih sebagai lokasi pertandingan kerana tempatnya yang popular di kalangan kaki pancing sebagai lubuk pelbagai spesis ikan laut kegemaran ramai seperti sembilang, senangin, kerapu, pari dan lain-lain. Beliau berkata, cabaran memancing ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM25,000.00 kepada 30 pemancing yang menaikkan ikan terberat mengikut kiraan mata.
  • Juara: wang tunai RM10,000.00
  • Tempat Ke-2: wang tunai RM5,000.00
  • Tempat Ke-3: wang tunai RM2,500.00
  • Tempat Ke-4: wang tunai RM1,000.00
  • Tempat Ke-5: wang tunai RM500.00
  • Tempat Ke-6 hingga 30: hamper

Pihaknya juga menyediakan sebuah motosikal Modenas Kriss 110E dan 50 hadiah lain kepada pemancing yang bertuah pada cabaran kali ini. Kata beliau, objektif utama penganjuran adalah untuk mempromosikan Daerah Yan sebagai destinasi pelancongan dan destinasi memancing kepada kaki pancing dari dalam dan luar Kedah,’ ujarnya. “Kita berharap cabaran memancing ini akan menarik penyertaan ramai kaki pancing dari utara tanahair dan sekaligus merealisasikan objektif utama penganjuran.” katanya. Majlis perasmian cabaran akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak pada jam 9.00 pagi hari berkenaan di Jambatan Pulau Bunting, Yan, Kedah.

Menyentuh yuran penyertaan, Firdaus menambah, setiap pemancing hanya dikenakan RM30.00 untuk 1 joran dan RM50.00 untuk 2 joran. 500 penyertaan terawal akan menerima sehelai t-shirt sebagai cenderahati dari penganjur. Borang penyertaan boleh diperolehi dengan menghubungi PKWR Parlimen Jerai (04-4619635), Sdr. Suhail (013-5033636) dan Sdr. Azim (013-4722707).

06 Julai 2008

Keputusan Jackpot Kolam Ruskijang Park Jun

KEPUTUSAN PENUH
JACKPOT BULANAN BAGI BULAN JUN 2008
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK
TARIKH: 5 JULAI 2008

Juara (RM500.00)
JAAFAR - Tongsan: berat 3.175 kg
Naib Juara (RM250.00)
SULAIMAN - Patin: berat 2.055kg
Tempat Ke-3 (RM150.00)
HAKIM - Patin:berat 1.100kg
Tempat Ke-4 (RM100.00)
ZULKIFLI - Patin: berat 1.035kg
Tempat Ke-5 (RM70.00)
NIK S - Patin: berat 0.965kg
Tempat Ke-6 (RM50.00)
SHAHRIN - Patin: berat 0.960kg
Tempat Ke-7 (RM30.00)
HASSAN - Patin: berat 0.860kg
Tempat Ke-8 (RM30.00)
HASNAN - Patin: berat 0.845kg
Tempat ke-9 (RM30.00)
SULAIMAN - Patin: berat 0.840kg

KATEGORI ROHU/JELAWAT/KAP RUMPUT
Tiada Pemenang

Jumlah penyertaan peserta: 67 orang

05 Julai 2008

Kolam Dinamik: Tawar jackpot ikan terpantas




BILA menyebut Kulim tentu ramai yang terbayang akan kehebatan Hi-Tech Parknya selain kawasan itu pernah diwakili bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Namun disebalik kehebatan semua itu, bandar yang bersempadan dengan Bukit Mertajam dan Simpang Ampat ini turut memiliki keistimewaan dikalangan kaki pancing terutama mereka gemar memancing di kolam air tawar. Terletak di Batu Puteh, Sungai Karangan, lebih kurang 7km dari Hi-Tech Park Kulim dan memakan masa 10 minit perjalanan, Kolam Pancing Dinamik yang dimiliki Encik Rahim atau lebih dikenali Pak Chin merupakan salah satu kolam pancing yang agak popular disini dan kawasan sekitarnya.

Waktu Operasi Kolam Pancing Dinamik ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam (hari Isnin-Sabtu) dan Ahad (dari 10 pagi hingga jam 1.00 pagi keesokannya). Kolam Dinamik yang telah beroperasi sejak lapan bulan lalu boleh dianggap menarik perhatian ramai kaki pancing bukan saja tertarik dengan kepuasan menarik ikan yang mengena umpan dan menghirup udara segar kampung tetapi lebih terarah kepada usaha Pak Chin yang menyediakan konsep pertandingan jackpot utama yang berbeza dari kolam pancing lain. Sesiapa yang berjaya menaikkan ikan terpantas seberat 6kg dari hari isnin – sabtu akan diistiyarkan sebagai pemenang dan jumlah hadiah itu akan meningkat andai tiada seorang pun mendapat kuantiti berat dimaksudkan. Hakikatnya sesiapa sahaja yang datang ke Kolam Pancing Dinamik tidak akan pulang hampa membawa hasil yang cukup lumayan baik patin, rohu, keli dan sebagainya.

03 Julai 2008

Kolam SP3 mempersonakan kaki pancing




SIAPA sangka ditengah-tengah deretan bangunan kedai dan kawasan perumahan berstatus kelas tinggi, terdapat sebuah kolam memancing ikan air tawar dan memancing udang di situ.

Dengan keluasan melebihi sebuah padang bolasepak, Kolam Memancing SP3 yang terletak di Sri Petaling sememangnya menjadi lokasi pilihan para pemancing disekitar Lembah Klang yang bukan sahaja teruja dengan cara tarikan ikannya yang kerap menggugat hati mereka tetapi berasa nyaman memancing khususnya pada waktu malam hari. Di setiap sudut kolam, anda akan pasti terasa selamat dan tidak gusar kerana persekitarannya dipenuhi pancaran lampu kalimantang dan kemudahan tempat duduk memancing berbumbung berkonkrit yang memuaskan. Tiada masalah buat mereka untuk menarik ikan atau menghayun joran mereka dengan pelbagai aksi ke tengah-tengah kolam kerana kedudukannya yang agak tinggi.

Penulis yang kesempatan meninjau secara dekat kolam berkenaan bersama rakan-rakan malam tadi juga tertarik dengan usaha tuan empunya yang mengadakan pertandingan jackpot mingguan memancing ikan bermula dari 29 Jun hingga 6 Julai 2008 dengan tawaran hadiah cukup mempersonakan.

Hadiah-hadiah kepada pemenang adalah seperti berikut:

  • Pertama: RM500.00
  • Kedua: RM300.00
  • Ketiga: RM150.00
  • Keempat: RM100.00
  • Kelima & Keenam: Kad percuma memancing selama 4 jam

Kepada mereka yang mahu memancing, persediaan amat mudah. Kebanyakannya yang memancing menggunakan umpan dedak sepertimana kolam-kolam memancing lain. Yang menariknya disini mata kail rambai menjadi pilihan kaki pancing. Bagi mereka yang pertama kali mahu mengunjungi kolam ini, lokasinya mudah dicari iaitu anda perlu menyusuri lebuhraya Kesas. Sebaik sahaja anda menemui papan tanda Sri Petaling dan Kompleks Sukan Bukit Jalil dari arah Cheras/Kuala Lumpur, anda perlu membelok kearah kanan. Tidak sampai 200 meter, anda akan menemui stesen minyak BHP, sila belok ke kiri dan anda akan melalui kawasan perumahan kondominium. Kemudian anda akan menemui simpang tiga dan sila belok ke kanan. Dari simpang itu, jarak lokasi kolam tidak jauh lagi cuma 50 meter di sebelah kiri jalan.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...