Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

Awang Isa Mamat juara Memancing bersama Jejak Suci

Awang Isa Mamat juara Memancing bersama Jejak Suci
Awang Isa Mamat (tengah) dari Gua Musang muncul juara Memancing bersama Jejak Suci yang berlangsung di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun pada semalam. Kejayaan ini membolehkan Awang Isa membawa pulang wang tunai sebanyak RM40,000. Bagi tempat kedua dan ketiga, ia disandang oleh Fakhrul (bert'shirt putih) dari Melaka dan Mohd Khairol dari A.M.B.S. Dungun. Masing-masing berjaya meraih wang tunai RM7,000 dan RM3,000.

Pertandingan Memancing Terbuka sempena Pesta Konvo UMP 11 Nov 2017

Pertandingan Jelajah Pancing KL di Tasik Metropolitan Kepong 26 Nov 2017

Blog Direktori Memancing

31 Mei 2016

Jelajah Pancing KL: Pelepasan ikan berlangsung di Tasik Titiwangsa pagi tadi


Pagi tadi telah berlangsung majlis pelepasan ikan bersempena Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang dilaksanakan oleh pegawai tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan wakil penaja di Taman Tasik Titiwangsa. Game ini akan diadakan pada 4 Jun 2016.

30 Mei 2016

Tasik Titiwangsa medan perrtarungan kaki pancing 4 Jun ini


Siri Jelajah Pancing Kuala Lumpur akan bergegar lagi. Kali ini Taman Tasik Titiwangsa akan menjadi medan pertarungan dikalangan kaki pancing pada 4 Jun 2016 bersamaan hari Sabtu sebelum kita meraikan detik bermulanya Ramadan Al-Mubarak.

Ayuh kawan-kawan..jangan lepaskan peluang merebut hadiah duit raya RM6,000 selaku juara. Yuran cuma RM30/sejoran dua mata.

29 Mei 2016

Man dari Kuantan bolot RM30,000 juarai Memancing bersama JEJAK SUCI


Pemancing dari Kuantan yang lebih mesra dengan panggilan Man (duduk tengah) mengenepikan cabaran para peserta Memancing bersama JEJAK SUCI apabila dinobatkan sebagai juara dan sekaligus berjaya membolot hadiah wang tunai RM30,000 pada kelmarin.

Di tempat kedua disandang Mezah (baju putih) dari Dungun manakala Zakri (baju merah) dari Nibong, Terengganu pula berpuas hati di tempat ketiga.

27 Mei 2016

Jom serbu ke khemah urusetia di Pantai Cahaya Negeri untuk daftar Cabaran Pantai PD petang esok


Gegaran memburu juara Cabaran Memancing Pantai Port Dickson semakin hampir ke kemuncaknya. Ayuh kawan-kawan semua...jangan lupa serbu ke khemah urusetia di Pantai Cahaya Negeri untuk mendaftar awal mulai jam 3 petang esok bersamaan 28 Mei 2016 (Sabtu).

Yuran cuma RM50/sejoran 2 mata terbuka dan 400 helai t'shirt disediakan menanti kawan-kawan. Yang pasti, raikan cabaran ini sambil bercuti bersama keluarga. Bermacam-macam aktiviti lain turut dipersembahkan sepanjang cabaran berlangsung.

25 Mei 2016

Ayuh...daftar awal Game Memancing bersama JEJAK SUCI mulai petang esok


Salam semua khususnya kaki pancing sekitar Negeri Terengganu..mulai jam 5.30 petang esok bersamaan 26 Mei 2016 kaunter daftar awal Game Memancing bersama JEJAK SUCI bersempena Selamat Berpuasa akan dibuka di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun (GPS: N. 4.595982 - E 103.197059).

Hanya yuran RM79, anda berpeluang perolehi T'Shirt Percuma dan bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 selaku juara pada hari pertandingan.

24 Mei 2016

Debaran juara bawa pulang RM12,000 CabaranPantai PD makin terasa


Siapakah bakal juara yang akan membawa pulang RM12,000 pada Cabaran Memancing Pantai Port Dickson pada 29 Mei ini?  Kini debaran makin terasa dan ramai ternanti-nanti bermulanya detik pertandingan berlangsung,

Bagi mereka yang belum mendaftar, boleh daftar RM50 /sejoran secara online yang berakhir sehingga detik 12 malam esok atau walk-in sahaja pada hari pertandingan.  400 helai t'shirt secara percuma disediakan buat kaki pancing yang daftar terawal. Siapa cepat dia dapat yer. Jumpa di sana!

Pelepasan Ikan Untuk Game Memancing Jejak Suci pada 27 Mei 2016

19 Mei 2016

Siapakah bakal bergelar juara di Tasik Titiwangsa 4 Jun ini? Ayuh, jom kita ke sana...

SELEPAS Tasik Metropolitan dan Tasik Ampang Hilir, kini tiba pula masanya Jelajah Pancing Kuala Lumpur bakal menjelajah ke Taman Tasik Titiwangsa pada 4 Jun ini.

Siapakah bakal bergelar juara dan membawa pulang RM6,000 kali ini? Ayuh....sama-sama kita mendaftar dan anda mungkin salah seorang peserta yang berpeluang menaiki pentas podium juara. Yuran cuma RM30/ 1 joran dua mata.

17 Mei 2016

Cabaran Laut dan Pantai bergegar di Port Dickson


Bersempena Festival Pantai Port Dickson, dua kategori cabaran memancing akan dipertandingkan iaitu Laut dan Pantai yang diadakan pada 28 & 29 Mei ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bergelar juara. Hadiah juara Laut (RM5,000) dan Pantai (RM12,000) 

Yuran kategori Laut hanya dikenakan sebanyak RM30/ sejoran 2 mata terbuka dan Pantai RM50.

Bagi kaki pancing yang ingin membuat bayaran secara online juga boleh berbuat demikian sekarang. Sila whatsapp +6012 2846 811.

16 Mei 2016

Jom buru RM30,000 menjelang puasa bersama JEJAK SUCI


Game Memancing bersama JEJAK SUCI kini kembali lagi..Kali ini sempena Selamat Berpuasa pada 27 Mei 2016. Jom  kawan-kawan semua kita buru RM30,000.

Yuran cuma RM79 dan dapatkan 500 t'shirt percuma untuk pendaftaran awal. Info lanjut, contact Cikgu Nasir 013-9233299.

14 Mei 2016

Senarai 10 pemenang utama Pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Tasik Ampang Hilir


SENARAI PARA PEMENANG
JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR 2016
Tarikh: 14 Mei 2016
Lokasi: Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur

Juara
AZMI BIN YAAKOB - Patin;  15.145kg
Tempat Ke-2
ISHAK - Patin:  12.720kg
Tempat Ke-3
USOP HUDLOR - Patin: 9.570kg
Tempat Ke-4
KAIL SEJENGKAL -  Toman: 8.920kg
Tempat Ke-5
BADRUL HISHAM - Patin: 8.410kg
Tempat Ke-6
AYIN - Patin: 7.590kg
Tempat Ke-7
FOQ PACAK - Patin: 7.405kg
Tempat Ke-8
ASRI - Patin:  5.580kg
Tempat Ke-9
KHAIRUL - Patin: 5.095kg
Tempat Ke-10
DMAS - Patin: 4.835kg






Jelajah Pancing Kuala Lumpur 2016 Edisi Tasik Ampang Hilir

Patin mengamuk di Tasik Ampang Hilir hari ini

Patin seberat 15.14kg julang nama Azmi Yaakob juarai Jelajah Pancing KL hari ini


OTAI Pancing, Azmi Yaakob muncul juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir  apabila berjaya mendaratkan seekor ikan patin seberat 15.145 kg  pada saat-saat semboyan penamat mahu berbunyi tengahari tadi.

Beliau berjaya mengenepikan cabaran Ishak yang sebelum itu mendahului pertandingan dengan tangkapan ikan patin seberat 12.720 kg pada jam 8.38 pagi sambil disaingi Usop Hudlar juga dengan ikan patin seberat 9.570 kg pada jam 10.25 pagi.

Kejayaan ini membolehkan Azmi membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM6,000 diikuti Ishak (RM3,000) dan Usop (RM1,000)

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), YM Tuan Idzawi Raja Ismail. . Turut hadir ialah pegawai tertinggi  jabatan DBKL dan wakil penaja.


Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...