Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

31 Januari 2016

Tinggal 7 hari Jelajah Pancing KL bakal bermula. Jom daftar awal...!

Tinggal 7 hari sahaja lagi Gegaran Pusingan Akhir Jelajah Pancing Kuala Lumpur akan berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa. Bagi memastikan kelancaran dan urusan pendaftaran, ayuh... rakan-rakan pancing semua jom daftar awal pada Sabtu ini (6 Februari 2016) di pejabat rumah sampan di tasik bermula jam 3.00 petang. Yuran cuma RM40 dan kalian berpeluang dapatkam t'shirt atau cenderahati secara percuma. Yang pasti, RM12,000.00 menanti juara.

29 Januari 2016

Sam Bakar raih RM26,000 selepas muncul juara Memancing Jejak Suci



Pemancing tegar, Sam Bakar (duduk tengah) dari Kuala Terengganu muncul juara Pertandingan Memancing brrsama JEJAK SUCI yang berlangsung di Tasik Jejak Suci yang berakhir tengahari tadi.

Kejayaan ini membolehkan Sam membawa pulang hadiah wang tunai RM26,000.00.

Tempat kedua dan ketiga dibolot oleh Yahya Senun (bertopi; baju biru)  dari Kemasik, Kemaman dan Mohd Azlan Zainal Abidin (baju hitam) dari Gua Musang, Kelantan. Kedua-duanya meraih wang tunai RM5,000.00  dan RM1111.00.

Tahniah buat semua pemenang!

Selamat bertanding buat peserta Memancing bersama Jejak Suci pagi ini


25 Januari 2016

Operasi Kolam Pancing Air Tawar Ikan Kelah dibuka 30 Januari ini

TINJAUAN EKSKLUSIF



IMPIAN warga pancing khususnya sekitar Lembah Kelang untuk melihat sebuah lagi kolam pancing baharu berteraskan ikan air tawar akan menjadi kenyataan apabila operasinya akan dibuka kepada umum pada 30 Januari ini.

Menurut Pengurus Kolam Pancing Ikan Kelah, Sofi, operasi kolam berkenaan akan dibuka selama 24 jam setiap hari bermula dari jam 10.00 pagi pada hari pembukaan.

"Sebagai permulaan, pihak kami menawarkan cuma RM1 buat kaki pancing  yang datang memancing pada jam 10.00 pagi selama sejam pada hari pembukaan dan kadar itu akan berubah  pada jam berikutnya mengikut kadar biasa kolam ini.

"Pihak kami telah menetapkan bahawa kadar bayaran yuran masuk sebanyak RM40 selama tiga jam diikuti RM10 untuk jam berikutnya,"ujarnya.

Bercerita tentang spesis ikan air tawar di kolam yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur ini, Sofi berkata, antara spesis ikan ditawarkan ialah patin, rohu, tongsan, catfish, belida, baung, tapah, jelawat, talapia dan pacu.

"Setakat ini, sebanyak 1.5 tan ikan pelbagai jenis telah dimasukkan ke dalam kolam dan akan dimasukkan lagi pada hari Rabu ini dengan saiz yang lebih besar.


Joran Pancing yang sempat melakukan tinjauan  eksklusif ke kolam berkenaan turut diberitahu bahawa pelbagai kemudahan  prasarana disediakan untuk kemudahan kaki pancing. 

"Memandangkan kolam ini akan beroperasi 24 jam, Kolam Pancing Ikan Kelah akan menyediakan kemudahan terbaik termasuk cafe, tandas, pondok, perkhidmatan TV Astro dan WiFi secara berperingkat.

Sofi menambah, pihaknys juga bercadang untuk mengadakan Pertandingan Jackpot Mingguan dan Bulanan berlandaskan ikan terberat. Bagaimanapun, ia hanya akan diputuskan selepas menerima maklumblas dari pelbagai pihak penaja yang mahu menaja pertandingan  tersebut.

Selain kolam air tawar, Kolam Pancing Ikan Kelah turut memiliki kolam pancing udang dan  ikan kelah yang terletak bersebelah kolam terbaharu itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai operasi kolam tersebut, kaki pancing boleh berhubung terus dengan kolam menerusi talian 013-3008444 atau layari laman rasmi Page Facebook: KOLAM PANCING IKAN KELAH.

23 Januari 2016

500kg ikan dilepaskan sempena Memancing bersama JEJAK SUCI di Dungun


Pihak penganjur pertandingan telahpun melepaskan ikan keli sebanyak 500kg ke dalam Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun pada jam 1.00 pagi tadi bersempena Memancing bersama JEJAK SUCI yang akan berlangsung pada 29 Januari ini. 

Menurut jurucakapnya, Cikgu Nasir, pihak beliau tidak dapat mengambil gambar pelepasan ikan di tasik tersebut  ekoran suasana tidak menjadi. Cuma mampu dipaparkan gambar diambil menerusi kenderaan 4WD ketika berlepas dari lokasi pengambilan ikan di Bukit Beruntong.

20 Januari 2016

Tasik Titiwangsa medan final Jelajah Pancing KL: RM12,000 bakal milik siapa?

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

16 Januari 2016

Karnival Memancing sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ahad ini

Sila kik flyer diatas untuk melihat paparan berskala besar.

05 Januari 2016

RM26,000.00 menanti juara JEJAK SUCI di Dungun


Cabaran Memancing bersama JEJAK SUCI datang lagi bagi tahun 2016. Kali ini, RM26,000 bakal menjadi milik juara dan hadiah pula sapu bersih. 

Ayuh kengkawan...jom serbu Tasik JEJAK SUCI di A.M.B.S. Dungun pada 29 Januari 2016. Yuran cuma RM69.00/satu joran. Info lanjut, boleh hubungi Cikgu Nasir 013-9233299 atau Man 019-9664314.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...