Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

31 Oktober 2017

1 tan ikan dilepaskan pada Pertandingan Memancing sempena Konvo UPM


KIRA-KIRA 1 tan telah dilepaskan kelmarin sempena Pertandingan Memancing Terbuka yang menjadi salah satu aktiviti Pesta Konvo UPM pada 4 November ini.

Pertandingan ini akan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Kolam 1 & 2 universiti berkenaan.Yuran cuma RM30/ 1 joran.

25 Oktober 2017

Tarikan patin gamat aksi Jelajah Pancing KL di Tasik Permaisuri

Nordin juara Pertandingan Jelajah Pancing Siri 9/2017 di Tasik Permaisuri

Apa kata Nordin sebaik sahaja muncul juara pertama kali pada Jelajah Pan...

Wajah Nordin, juara Jelajah Pancing KL Siri 9/2017 di Tasik Permaisuri


Wajah juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing KL Siri 9/2017, Nordin yang berjaya mendaratkan ikan patin seberat 8.590kg.

Senarai pemenang utama Jelajah Pancing KL Siri 9/2017 di Tasik Permaisuri


SENARAI PEMENANG UTAMA
JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR
TARIKH: 22 OKTOBER 2017
LOKASI: TAMAN TASIK PERMAISURI, BANDAR TUN RAZAK

JUARA
Nordin - Patin; berat 8.590kg
TEMPAT KE-2
Ahmad Kamal - Patin; berat 8.215kg
TEMPAT KE-3
Mek Da - Patin; berat 4.520kg
TEMPAT KE-4
Along - Patin;  berat 3.915kg
TEMPAT KE-5
Cepet - Patin; berat 3.330kg
TEMPAT KE-6
Zack - Patin; berat 3.025kg
TEMPAT KE-7
Danial - Patin; berat 2.965kg
TEMPAT KE-8
Azren - Patin; berat 2.895kg
TEMPAT KE-9
Cepet - Patin; berat 2.600kg
TEMPAT KE-10
Zack - Patin; berat 2.535kg

18 Oktober 2017

Perlepasan ikan sempena Jelajah Pancing KL pusingan ke-9 di Tasik Permaisuri


Bagi menghadapi Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur Ahad ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan rakan penaja telah melakukan perlepasan ikan patin ke dalam Tasik Permaisuri, Cheras pada kelmarin.

Ini merupakan lokasi ke-9 penganjuran jelajah pada tahun ini dan ia dianggap sebagai sesi pemanas badan sebelum menuju ke Grand Final pada Disember depan.

Kepada rakan-rakan pancing, jangan lepaskan peluang untuk mengenggam kejuaraan pada pusingan ini. Yuran cuma RM30/ satu joran dan 1,000 botol air Oishi menanti kalian.


14 Oktober 2017

Awang Isa Mamat raih RM40,000 selepas muncul juara Memancing bersama Jejak Suci semalam


Awang Isa Mamat (tengah) dari Gua Musang muncul juara Memancing bersama Jejak Suci yang berlangsung di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun pada semalam.

Kejayaan ini sekaligus membolehkan Awang Isa membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM40,000.

Bagi tempat kedua dan ketiga, ia dimenangi oleh Fakhrul (berbaju putih) dari Melaka dan Mohd Khairol dari A.M.B.S. Dungun. Keduanya masing-masing meraih wang tunai RM7,000 dan RM3,000.

12 Oktober 2017

Jom daftar awal Memancing bersama Jejak Suci petang ini, 400 helai t'shirt diberi percuma

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

04 Oktober 2017

Lokasi pertandingan Memancing Lanjut Beach & Golf Resort gamit kaki pancing



Inilah lokasi Pertandingan Memancing Pantai anjuran Lanjut Beach and Golf Resort, Kuala Rompin  pada Sabtu ini (7 Oktober 2017) yang bermula jam 8 pagi hingga 2 petang. Yuran cuma RM50/seorang,

300 helai disediakan untuk pendaftaran terawal dan berpeluang menangi hadiah juara RM5,000 dan cabutan bertuah termasuk sebuah motosikal. Jangan lupa contact: Rohan 019-9191986.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...