Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

21 Julai 2009

8pari anjur Siri 4 Jumaat ini!

Pertandingan Memancing
Siri 4

Tarikh: 24 Julai 2009 (Jumaat)
Masa: bermula dari jam 9.00 pagi
Lokasi: Kolam Pancing Air Masin 8 Pari, Tok Sadang, Pengkalan Chepa, Kelantan
Yuran Penyertaan: RM40.00/1 joran
Hadiah Utama
Mencapai RM5,000.00 jika melebihi penyertaan 320 orang
Kategori Khas
Ikan Ketutu
Ikan 5 minit
Keterangan lanjut:
Hubungi 019-9968090, 019-92552243

09 Julai 2009

Pakej Memancing warnai Danau Rimba

Pemandangan menarik sekitar Kolam Pancing Air Tawar Danau Rimba.
Seorang pemancing tetap Danau Rimba memperagakan salah satu spesis ikan yang berjaya didaratkan.Inilah pemilik kolam Danau Rimba, Affendy Musa bersama orang kuatnya.Tongsan...antara spesis yang menjadi kegilaan kaki pancing yang memancing di Danau Rimba.Dua orang marsyal kolam sedang memeriksa ikan patin yang dinaikkan.Kelihatan beberapa pembantu Danau Rimba sedang memasukkan ikan pacu ke dalam kolam.Sebahagian ikan tongsan terlantar dalam bakul sebaik sahaja dinaikkan kaki pancing.

KOLAM Pancing Air Tawar Danau Rimba yang dahulunya dikenali RBK kini berwajah baru apabila ia diambilalih oleh satu pengurusan baru diketuai Mohd Affendy Musa.

Sebaik sahaja ia diambilalih, pengurusan baru itu telah mengorak langkah awal dengan mengadakan pertandingan jackpot mingguan pada setiap Sabtu. Ia bermula dari jam 9.30 malam hingga 1.30 pagi dengan hadiah yang kelazimannya ditawarkan amat berbaloi buat kaki pancing.

Selain dari Jackpot Mingguan kata jurucakap kolam berkenaan, Nur Aisyah Musa yang dikenali Ecah, Danau Rimba turut menawarkan pakej santai yang meliputi 5 jam memancing + 1 jam percuma berjumlah RM32.00 (bayaran termasuk Jackpot Bulanan) dan pakej midnight chill bermula dari jam 11.30 malam hingga 7.30 pagi (Bayaran termasuk Jackpot Bulanan).

Beliau berkata, setiap kaki pancing yang mahu memancing disini cuma dikenakan bayaran daftar masuk sebanyak RM25.00 untuk tempoh 3 jam pertama. Bayaran ini termasuk Jackpot Bulanan diikuti RM6.00 akan dikena pada jam berikutnya.

Antara spesis ikan yang terdapat disini ialah tongsan, patin, rohu, lekoh, pacu, tapah, kaloi, baung, ketutu, keli dan belida.

"Kami juga menyediakan pakej-pakej memancing untuk kumpulan, syarikat dan persatuan yang berminat memancing di Danau Rimba.

Untuk merasai suasana atau ingin memancing disini, anda boleh datang sendiri ke lot 1170, Jalan Sungai Buaya, 48200 Sungai Choh, Selangor atau hubungi +6013 2271071.

04 Julai 2009

8pari igaun kaki pancing di Pengkalan Chepa

UNTUK KAKI PANCING….KOLAM IKAN 8pari Di Tok Sadang. DI BUKA PADA SETIAP HARI. (siakap putih/merah) akan datang lain-lain ikan air masin. Sabtu - Rabu (09.00 pagi – 02.00 pagi ) Khamis Jumaat ( 9.00 pagi) ~PAH CERAH RM20/2Jam/deposit RM10.00. satu mata/joran.

**RM50/7 jam – mlm Jumaat/Sabtu/Ahad (jam12.00 mlm - 07.00 pagi)

SETIAP MLM SABTU- TANDING NGAIL RM25/2JAM @ HADIAH 50% KUTIPAN KASAR. MINIMA 10 ORANG (1-40%,2-30%,3-20%,4-10%)-IKAN PALING BERAT (9MLM-11MLM)

02 Julai 2009

Pertandingan Memancing di Kechau Lipis, Dengkil 5 Julai

Pertandingan Memancing
Kolam Kechau Ka
mpung Melaka
Tarikh: 5 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Lokasi: Kolam Pancing Kechau Kampung Melaka, Kechau 1, Kuala Lipis
Yuran Penyertaan: RM60.00/1 joran
Hadiah Utama
Juara: RM5,000.00
Tempat Ke-2: RM2,000.00
Tempat Ke-3: RM1,000.00
Tempat Ke-4: RM500.00
Tempat Ke 5 - 7: RM200.00
Tempat Ke 8 - 10: RM100.00
Tempat Ke 11 - 12: RM80.00
Tempat Ke 13 - 15: RM70.00
Tempat Ke 16 - 20: RM60.00
Tempat Ke 21 - 30: RM50.00
Cabutan Bertuah
Terdapat 20 hadiah ditawarkan
Keterangan lanjut:
Hubungi 019-9245379, 013-9110066, 09-3121109


Pertandingan Memancing
Kelab IKIM

Tarikh: 5 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi hingga 1.30 petang
Lokasi: Tasik Idaman, Dengkil, Selangor
Yuran Penyertaan: RM25.00/1 joran
Hadiah Utama
Juara: RM2,000.00
Tempat Ke-2: RM1,000.00
Tempat Ke-3: RM500.00
Tempat Ke-4: RM200.00
Tempat Ke 5 - 10: RM50.00
Cabutan Bertuah
Terdapat pelbagai hadiah ditawarkan
Maklumat lanjut:
Hubungi Abu Bakar Yang [012-6852041], Azhani [012-2114026], Fadhilah [012-5900573]
Website: IKIM

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...