

Pihaknya juga menyediakan sebuah motosikal Modenas Kriss 110E dan 50 hadiah lain kepada pemancing yang bertuah pada cabaran kali ini. Kata beliau, objektif utama penganjuran adalah untuk mempromosikan Daerah Yan sebagai destinasi pelancongan dan destinasi memancing kepada kaki pancing dari dalam dan luar Kedah,’ ujarnya. “Kita berharap cabaran memancing ini akan menarik penyertaan ramai kaki pancing dari utara tanahair dan sekaligus merealisasikan objektif utama penganjuran.” katanya. Majlis perasmian cabaran akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak pada jam 9.00 pagi hari berkenaan di Jambatan Pulau Bunting, Yan, Kedah.
Menyentuh yuran penyertaan, Firdaus menambah, setiap pemancing hanya dikenakan RM30.00 untuk 1 joran dan RM50.00 untuk 2 joran. 500 penyertaan terawal akan menerima sehelai t-shirt sebagai cenderahati dari penganjur. Borang penyertaan boleh diperolehi dengan menghubungi PKWR Parlimen Jerai (04-4619635), Sdr. Suhail (013-5033636) dan Sdr. Azim (013-4722707).
SIAPA sangka ditengah-tengah deretan bangunan kedai dan kawasan perumahan berstatus kelas tinggi, terdapat sebuah kolam memancing ikan air tawar dan memancing udang di situ.
Dengan keluasan melebihi sebuah padang bolasepak, Kolam Memancing SP3 yang terletak di Sri Petaling sememangnya menjadi lokasi pilihan para pemancing disekitar Lembah Klang yang bukan sahaja teruja dengan cara tarikan ikannya yang kerap menggugat hati mereka tetapi berasa nyaman memancing khususnya pada waktu malam hari. Di setiap sudut kolam, anda akan pasti terasa selamat dan tidak gusar kerana persekitarannya dipenuhi pancaran lampu kalimantang dan kemudahan tempat duduk memancing berbumbung berkonkrit yang memuaskan. Tiada masalah buat mereka untuk menarik ikan atau menghayun joran mereka dengan pelbagai aksi ke tengah-tengah kolam kerana kedudukannya yang agak tinggi.
Penulis yang kesempatan meninjau secara dekat kolam berkenaan bersama rakan-rakan malam tadi juga tertarik dengan usaha tuan empunya yang mengadakan pertandingan jackpot mingguan memancing ikan bermula dari 29 Jun hingga 6 Julai 2008 dengan tawaran hadiah cukup mempersonakan.
Hadiah-hadiah kepada pemenang adalah seperti berikut:
Kepada mereka yang mahu memancing, persediaan amat mudah. Kebanyakannya yang memancing menggunakan umpan dedak sepertimana kolam-kolam memancing lain. Yang menariknya disini mata kail rambai menjadi pilihan kaki pancing. Bagi mereka yang pertama kali mahu mengunjungi kolam ini, lokasinya mudah dicari iaitu anda perlu menyusuri lebuhraya Kesas. Sebaik sahaja anda menemui papan tanda Sri Petaling dan Kompleks Sukan Bukit Jalil dari arah Cheras/Kuala Lumpur, anda perlu membelok kearah kanan. Tidak sampai 200 meter, anda akan menemui stesen minyak BHP, sila belok ke kiri dan anda akan melalui kawasan perumahan kondominium. Kemudian anda akan menemui simpang tiga dan sila belok ke kanan. Dari simpang itu, jarak lokasi kolam tidak jauh lagi cuma 50 meter di sebelah kiri jalan.