Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

09 Julai 2009

Pakej Memancing warnai Danau Rimba

Pemandangan menarik sekitar Kolam Pancing Air Tawar Danau Rimba.
Seorang pemancing tetap Danau Rimba memperagakan salah satu spesis ikan yang berjaya didaratkan.Inilah pemilik kolam Danau Rimba, Affendy Musa bersama orang kuatnya.Tongsan...antara spesis yang menjadi kegilaan kaki pancing yang memancing di Danau Rimba.Dua orang marsyal kolam sedang memeriksa ikan patin yang dinaikkan.Kelihatan beberapa pembantu Danau Rimba sedang memasukkan ikan pacu ke dalam kolam.Sebahagian ikan tongsan terlantar dalam bakul sebaik sahaja dinaikkan kaki pancing.

KOLAM Pancing Air Tawar Danau Rimba yang dahulunya dikenali RBK kini berwajah baru apabila ia diambilalih oleh satu pengurusan baru diketuai Mohd Affendy Musa.

Sebaik sahaja ia diambilalih, pengurusan baru itu telah mengorak langkah awal dengan mengadakan pertandingan jackpot mingguan pada setiap Sabtu. Ia bermula dari jam 9.30 malam hingga 1.30 pagi dengan hadiah yang kelazimannya ditawarkan amat berbaloi buat kaki pancing.

Selain dari Jackpot Mingguan kata jurucakap kolam berkenaan, Nur Aisyah Musa yang dikenali Ecah, Danau Rimba turut menawarkan pakej santai yang meliputi 5 jam memancing + 1 jam percuma berjumlah RM32.00 (bayaran termasuk Jackpot Bulanan) dan pakej midnight chill bermula dari jam 11.30 malam hingga 7.30 pagi (Bayaran termasuk Jackpot Bulanan).

Beliau berkata, setiap kaki pancing yang mahu memancing disini cuma dikenakan bayaran daftar masuk sebanyak RM25.00 untuk tempoh 3 jam pertama. Bayaran ini termasuk Jackpot Bulanan diikuti RM6.00 akan dikena pada jam berikutnya.

Antara spesis ikan yang terdapat disini ialah tongsan, patin, rohu, lekoh, pacu, tapah, kaloi, baung, ketutu, keli dan belida.

"Kami juga menyediakan pakej-pakej memancing untuk kumpulan, syarikat dan persatuan yang berminat memancing di Danau Rimba.

Untuk merasai suasana atau ingin memancing disini, anda boleh datang sendiri ke lot 1170, Jalan Sungai Buaya, 48200 Sungai Choh, Selangor atau hubungi +6013 2271071.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...