Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

07 Disember 2009

Cabaran Sekakap batal akibat angin kencang dan ombak besar


PERTANDINGAN memancing anjuran Kelab Joran Komando Kem Iskandar dengan kerjasama GP Joran Bagus yang dijadualkan di Pantai Sekakap, Kem Iskandar, Mersing Johor pada 19 Disember ini terpaksa dibatalkan berikutan angin kencang dan ombak besar.

"Dukacita dimaklumkan bahawa Cabaran Sekakap terpaksa dibatalkan akibat angin kencang dan ombak besar," ujar wakil kelab berkenaan, Mejar Md Rodzi Ismail (gambar) dalam kenyataan ringkas kepada JoranPancing lewat petang ini.

Pertandingan yang dikenali 'Jom Pancing Cabaran Sekakap' merupakan salah satu acara utama sempena sambutan Hari Ulang Tahun Gerak Khas Ke-44 Fasa II yang berlangsung selama tiga hari yang turut disertai anggota tentera dan orang ramai.

Ia sepatutnya bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dengan yuran penyertaan RM90 satu joran dan sebanyak 800 helai t-shirt disediakan untuk kaki pancing yang mendaftar terawal.

Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi termasuk hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 sebagai juara kepada kaki pancing dan peserta yang mengambil bahagian. Selain juara, peserta yang tidak bernasib baik masih berpeluang untuk merebut hadiah twang tunai di tempat kedua hingga kelima puluh disamping 30 hadiah cabutan bertuah.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...