Bob (kanan) dengan hadiah yang dimenangi semasa menyertai Pertandingan Memancing Pembuka Tirai GP Joran di Titiwangsa baru-baru ini.Ahli kelab pertama meniti dibibir kaki pancing ialah Bob dari Keramat. Beliau yang memulakan aktiviti ini sejak dari kecil lagi di Kolam Ruskijang Park berjaya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Pembuka Tirai GP Joran anjuran Berita Harian di Tasik Titiwangsa selepas mendaratkan spesis tongsan.
Pada 1
0 Januari lalu, seorang lagi ahli kelab yang juga rakan karib Bob iaitu Din Kueh pula tidak menduga sama sekali dapat mengungguli pertandingan memancing di Ampang Hilir dengan muncul juara dengan mengenepikan lebih 1,000 peserta yang mengambil bahagian.