Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

02 Februari 2010

Dy'Lima pusat pancing terbaru siulan kaki pancing sekitar Pendang

Sebahagian kaki pancing sedang khusyuk memancing sambil beriadah di Dy'Lima.

Seorang kaki pancing sedang mempamerkan spesis rohu yang berjaya didaratkan.

PUSAT Memancing Dy'Lima merupakan sebuah pusat memancing terbaru yang terletak di Kampung Kerkau, Mukim Guar Kepayang, Pendang Kedah.

Selain menjadi siulan kaki pancing, pusat memancing yang dibuka pada 30 Jun tahun lalu ini juga boleh dijadikan tempat untuk beriadah seisi keluarga kerana disediakan pondok-pondok untuk berteduh. Malah ia dilihat dapat mengelakkan gejala yang tidak bermoral seperti lepak dan rempit kerana ramai anak remaja mulai minat memancing.

Pelbagai spesis ikan yang terdapat di kolam ini ialah patin, rohu, tongsan dan lekoh.

Ganjaran sebanyak RM100.00 akan diberikan sekiranya pemancing dapat menaikkan ikan lekoh. Manakala hadiah jackpot pula setakat ini sebanyak RM1000.00 untuk ikan 6kg keatas. Hadiah mingguan turut disediakan untuk keseronokan para pemancing.

Yuran yang dikenakan untuk memancing di kolam ini adalah sebanyak RM25.00 selama 3 jam dan bagi ahli, bayaran yang dikenakan sebanyak RM22.00 sahaja. Untuk menjadi ahli, seseorang kaki pancing perlu mendaftar dahulu dengan yuran tahunan sebanyak RM50.00.

Tambahan masa untuk setiap jam selepas masa tamat ialah RM8.00. Jika jumlah ikan yang dipancing kurang, pemancing boleh terus memancing selama mana yang diinginkan tanpa dikenakan caj.

Bagi kolam ini, mata kail berkembar tiga dan berangkai tidak dibenarkan sama sekali kerana ia dilihat akan merosakkan ikan. mata kail yang dibenarkan ialah kail bom dan mata kail berangkai. Hanya umpan dedak dan roti dibenarkan. Organ binatang tidak dibenarkan kerana baunya yang busuk boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air.

Wakil Dy'Lima sedang menyampaikan hadiah wang tunai kepada juara jackpot.

Spesis tongsan yang bersaiz besar berada didalam tangkuk selepas dinaikkan kaki pancing.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...