Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

11 April 2010

Khairul genggam juara Joran Idaman di Big Boss

Khairul (kiri) sedang menerima hadiah wang tunai RM444.00 sebagai juara daripada tetamu khas, Datuk Misbun Sidek.
Datuk Misbun bersalam dan menyampaikan hadiah wang tunai kepada pemenang tempat kedua, Basir.

Sebahagian kecil kaki pancing yang hadir di majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

KAKI pancing berpengalaman, Khairul berjaya muncul juara Pertandingan Memancing Joran Idaman 2010 yang berlangsung di Kolam Pancing Big Boss, Kundang sebentar tadi.

Pada pertandingan anjuran Persatuan Penduduk Apartment Damansara Damai, Khairul berjaya mendaratkan spesis ikan patin seberat 5.74kg mengenepikan pencabar terdekat, Basir Hamid dan Wan Faisal Wan Hassan yang masing-masing bergaya dengan tangkapan spesis tongsan.

Kejayaan ini sekaligus membolehkan Khairul membawa pulang hadiah wang tunai RM444.00 diikuti Basir RM333.00 dan Wan Faisal RM222.00

KEPUTUSAN PENUH
PERTANDINGAN MEMANCING JORAN IDAMAN 2010

Juara
KHAIRUL - Patin: berat 5.74kg
Tempat ke-2
BASIR HAMID - Tongsan: berat 5.01kg
Tempat ke-3
WAN FAISAL WAN HASSAN - Tongsan: berat 3.82kg
Tempat ke-4
MOHD KHAIRUL JAMIL - Patin: berat 1.54kg
Tempat Ke-5
ROSLIN HASSAN - Pacu: berat 1.360kg
Tempat Ke-6
SHAFIE RAZAK - Patin: berat 1.350kg
Tempat ke-7
ROSLI WAHAB - Patin: berat 0.660kg
Tempat ke-8
MOHD HISHAM - Pacu: 0.640kg
Tempat Ke-9
NAZRI MOHD FADIL - Pacu: 0.340kg

Hadiah Terpantas

ROSLIN HASSAN - Pacu

Kelihatan kaki pancing sedang khusyuk ketika mengambil bahagian di pertandingan Joran Idaman.

Datuk Misbun Sidek turut hadir memeriahkan pertandingan sambil mengambil bahagian.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...