Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

29 Oktober 2011

Belalang gempar pertandingan memancing PEBT & JKP MPAJ Zon 8

MENGGUNAKAN nama panggilan Belalang nyata membawa tuah buat seorang pemancing muda apabila muncul juara dalam Pertandingan Memancing di Kolam Pancing Ruskijang Park, Kemensah yang berakhir sebentar tadi.

Dengan sekali balingan pada jam 8.05 pagi, Belalang yang bermastautin di Hulu Klang berjaya menggemparkan seluruh kaki pancing yang bertanding dengan kejayaan mendaratkan spesis patin seberat 5.015 kg biarpun dia tidak meletakkan harapan langsung untuk merajai pertandingan tersebut.

"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menang apatah lagi untuk muncul juara kerana ia disertai ramai otai pancing. Syukur alhamdulillah," ujarnya dengan nada ringkas.

Dengan kejayaan ini, Belalang berjaya membawa pulang hadiah tropi berupa piala dan hadiah wang tunai RM500.00.

Pertandingan yang disertai lebih 60 orang peserta di sekitar Ampang dianjurkan oleh PEBT dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ Zon 8.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Encik Tan Hua Meng.


SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN PERTANDINGAN
Juara: Belalang - Patin: berat 5.015 kg
Tempat Ke-2: Fuad - Tongsan: berat 1.995 kg
Tempat Ke-3: Yusof - Patin: berat 1.680 kg
Tempat Ke-4: Adi Cepet 2 - Patin: berat 0.845 kg
Tempat Ke-5: Ismail - Patin: berat 0.790 kg
Tempat Ke-6: Ghazali - Patin: berat 0.620 kg
Tempat Ke-7: Idris - Patin: berat 0.605 kg
Tempat Ke-8: Alam - Patin: berat 0.555 kg
Tempat Ke-9: Abai - Patin: berat 0.500 kg
Tempat Ke-10: Ab Rahim - Patin: berat 0.350 kg

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...