Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

Awang Isa Mamat juara Memancing bersama Jejak Suci

Awang Isa Mamat juara Memancing bersama Jejak Suci
Awang Isa Mamat (tengah) dari Gua Musang muncul juara Memancing bersama Jejak Suci yang berlangsung di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun pada semalam. Kejayaan ini membolehkan Awang Isa membawa pulang wang tunai sebanyak RM40,000. Bagi tempat kedua dan ketiga, ia disandang oleh Fakhrul (bert'shirt putih) dari Melaka dan Mohd Khairol dari A.M.B.S. Dungun. Masing-masing berjaya meraih wang tunai RM7,000 dan RM3,000.

Pertandingan Memancing Terbuka sempena Pesta Konvo UMP 11 Nov 2017

Pertandingan Jelajah Pancing KL di Tasik Metropolitan Kepong 26 Nov 2017

Blog Direktori Memancing

01 April 2014

Juara Joran: Program realiti uji ketahanan dan bakat kaki pancing di Astro


PROGRAM ini adalah sebuah rancangan realiti yang melibatkan seorang pemancing dan seorang artis di dalam satu pasukan. Mereka akan bersaing dengan 16 pasukan diantara mereka yang mana masing-masing akan melalui cabaran yang akan menguji ketahanan mental, fizikal dan bakat memancing. Pada pengakhirannya mereka akan bertanding dalam kemahiran memasak secara langsung dan pasukan yang berjaya secara keseluruhannya akan meneruskan perjuangan mereka ke tahap seterusnya dan yang kalah akan disingkirkan. 

Kriteria Uji Bakat
1.Warganegara Malaysia Berusia 18 - 45 tahun pada 30 Mac 2014 
2.Mesti berkebolehan memancing ikan 
3.Mesti berkebolehan untuk memasak 
4.Mesti berada dalam kesihatan yang sempurna dan bersedia untuk aktiviti luar.
5.Tempoh Ujibakat: 30/3/2014 - 7/4/2014 
Klik disini untuk menyemak terma dan syarat ujibakat.

Untuk muat turun borang penyertaan, sila klik disini dan hantar ke juarajoran@astro.com.my 

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...