Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

04 Disember 2016

Bazil Shahrul Nazri dinobatkan juara Jelajah Pancing KL di Tasik Ampang Hilir hari ini


IKAN patin seberat 13.730 kg  nyata membawa tuah kepada pemancing muda, Bazil Shahrul Nazri yang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi.

Bazil yang juga lebih gemar dipanggil Din berjaya menaikkan ikan tersebut  pada jam 8.59 pagi dan ia tidak dapat dipintas oleh kaki pancing lain sehingga pertandingan tamat pada jam 12 tengahari.

Tempat kedua disandang otai pancing, Yusuf Hudlar yang membawa pulang hadiah RM3,000 dengan hasil tangkapan spesis yang sama seberat 11.280 kg sementara Tam pula mengondol hadiah tempat ketiga dengan hadiah RM1,000 menerusi juga ikan patin.

Lebih 800 peserta mengambil bahagian yang diadakan di Taman Tasik Ampang Hilir anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  dengan kerjasama Team Jom Kaki Pancing.

Hadiah kepada pemenang utama telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancong dan Sukan DBKL, Encik Ab Salim bin Mansor sambil disaksikan Konsultan Pertandingan, Encik Rosli bin Yahya.

Rosli ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah melahirkan rasa bangga dengan sambutan yang diterima dikalangan kaki pancing yang bukan sahaja Lembah Kelang malah turut disertai kaki pancing dari Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan kawasan sekitarnya.

"Saya amat gembira dengan komitmen ditunjukkan kaki pancing dalam penyertaan mereka pada JPKL yang sudah memasuki tahun ke-5," ujarnya.


Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...