Jelajah Pancing Kuala Lumpur telah melonjakkan programnya. Ahad ini, Taman Tasik Metropolitan Batu bakal menjadi lokasi pencarian juara Siri ke-8.
Pada tengahari semalam, berlangsung acara melepaskan ikan ke dalam tasik yang disempurnakan oleh pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan rakan penaja yang diketuai Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Puan Hasliza Abdul Hamid.