Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

14 Disember 2018

Jom serbu kaunter daftar awal tengahari esok; Yuran RM50/satu joran


Salam Pancing semua. 

Kaunter akan dibuka jam 12 tgh esok (Sabtu) hingga 10 malam diikuti pada Ahad (hari pertandingan)dibuka jam 6.30 pagi di Khemah Urusetia Taman Tasik Ampang Hilir, Kl di pintu 1 dan jangan lupa sila bawa pancang besi. 

Kerjasama anda diingatkan menghormati rakan-rakan lain dan TIDAK DIBENARKAN sama sekali meletakkan atau menanda sesuatu di lokasi2 pilihan sebelum mendapatkan sticker pancang terlebih dahulu. Urusetia akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum kaunter pendaftaran dibuka. (sepertimana sebelum ini). 

Yuran cuma RM50 sahaja dan anda layak menerima baju jenis Microfiber, 2 botol Oyoshi malah berpeluang merebut hadiah keseluruhan lebih RM28,000 dan RM10,000 menanti bakal juara. 

Lebih menarik, hadiah disediakan sehingga ke tempat ke-120 dan barangan sumbangan penaja berupa 2 buah motosikal, 3 unit TV dan hadiah cabutan bertuah turut menjadi habuan bagi mereka yang bertuah nanti. 

Ayuh!!! Apa tunggu lagi...Jom daftar awal tengahari esok atau hari pertandingan mulai jam 6.30 pagi. Segala-galanya terletak ditangan rakan pancing untuk merebut peluang yang terhidang di depan mata. Jumpa di sana........


Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...