Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

14 Julai 2019

Penyertaan pertama kali julang nama Kamarulzaman Maujud selaku juara


Jelajah Pancing Kuala Lumpur Siri 5/2019 
PENYERTAAN PERTAMA KALI JULANG NAMA KAMARULZAMAN MAUJUD SELAKU JUARA 

Kaki pancing yang baharu pertama kali menyertai Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) hari ini membuat kejutan terbesar apabila ikan yang didaratnya seberat 11.590kg tiga minit sebelum masa pertandingan berakhir telah muncul juara pertandingan itu yang berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir. 

Kamarulzaman Maujud, 51 tahun yang bertugas sebagai juru kimpal pada awalnya kelihatan terkejut apabila ikan yang dinaikkan pada saat akhir berjaya melonjakkan namanya untuk diumum sebagai juara Siri 5 sekaligus memintas pendahulu pertandingan, Hidayat yang bercita-cita mahu menjadikan kemenangan ini sebagai modal penyertaan pertandingan akan datang. 

Berikutan kejayaan ini, Kamarulzaman berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 beserta hadiah sampingan daripada pihak penaja. 

"Saya pun tidak menduga sama sekali nama saya diumumkan sebagai juara. Ini kerana selama ini saya lebih terarah mengikut rakan pancing sambil menonton pertandingan ini. 

"Tambahan pula, yuran penyertaan pertandingan Jelajah Pancing KL adalah murah. Jadi saya masuk dan saya berharap pertandingan berterusan diadakan pada masa akan datang, Terima kasih DBKL" ujarnya yang bapa kepada lima cahaya mata. 

Kepada pihak penganjur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), beliau yang datang dari Semenyih menaruh harapan agar pertandingan ini akan berterusan sampai bila-bila. 

Hidayat yang akur ditempat kedua berjaya meraih RM3,000 selepas mendaratkan ikan patin seberat 10.500 kg manakala tempat ketiga disandang Roslan Md Yusof menerusi tarikan patin seberat 6.290 kg dan membawa pulang RM1,000. 

Bagi kategori khas - ikan keli, nasib nyata menyebelahi Mohd Raziman, Fauziman dan Acing yang masing-masing menaiki podium tiga tempat teratas. Mereka memperoleh RM300, RM200 dan RM100.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...