
Jadilah pengikut setia Joran Pancing
Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com
Jom "follow" Instagram Joran Pancing
Jom@Chat bersama Joran Pancing
Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5
Pertandingan Memancing Pra-GP Joran
23 November 2008
Lekoh seberat 2.3kg bawa Bob pertahan juara mingguan

16 November 2008
Kemenangan ini penamat 'mangkau' - Bob

Berikutan kejayaan menjuarai jackpot minggu ini, Bob berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500 selepas mendaratkan ikan tongsan seberat 2.220 kg sekaligus mengenepikan cabaran 58 peserta yang mengambil bahagian. Tempat kedua dimenangi Shahrin, seorang anggota kerajaan dari Ampang yang menaikkan ikan tongsan seberat 2.050 kg manakala tempat ketiga diraih Hafiq yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM130 menerusi tangkapan ikan patin yang beratnya sama dengan Shahrin. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Hamzah Idrus, pengusaha kolam selepas pertandingan berakhir.
02 November 2008
Patin angkat Amirul juara termuda Jackpot


Amirul, juara termuda memenangi jackpot bulanan di kolam ini kelihatan ceria dan berkongsi kegembiraan bersama ayah dan datuk tersayang ketika menerima hadiah kemenangan selepas sekian lama tidak merasai kedudukan terbaik ketika menyertai sebarang pertandingan sebelumnya. Berikutan kejayaan ini, Amirul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 yang disampaikan pengusaha kolam, Hamzah Idrus. Tempat kedua pula menjadi milik Baktiar sementara Salam mengungguli tempat ketiga. Baktiar dan Salam masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM250.
Bagi Hamzah, penyertaan dikalangan pemancing pada kali ini agak tinggi berbanding pertandingan jackpot beberapa bulan sebelumnya. “Sebenarnya saya agak terkejut juga jumlah peserta yang menyertai jackpot bulan ini memandangkan pada waktu pendaftaran jam 6.30 petang kehadiran mereka cuma sekitar 30 orang sahaja. Namun ia meningkat sedikit demi sedikit sehingga memenuhi setiap sudut kolam. “Apa pun, ini adalah satu perkembangan baik dan kami ingin ucapkan terima kasih atas komitmen diberikan setiap pemancing yang datang bertanding. Di pihak kami sebagai penganjur, ia akan menambahkan lagi semangat kami untuk menjadikan pertandingan jackpot di kolam kami antara terbaik di Lembah Klang.
KEPUTUSAN PENUH
JACKPOT BULANAN (1 NOVEMBER 2008)
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK
Juara (RM1,000.00)
AMIRUL - Patin: berat 1.860 kg
Naib Juara (RM500.00)
BAKTIAR - Pacu: berat 1.800kg
Tempat Ke-3 (RM250.00)
SALAM - Pacu:berat 1.430kg
Tempat Ke-4
AKMAL - Lekoh: berat 1.335kg
Tempat Ke-5
HAIKAL- Pacu: berat 1.275kg
Tempat Ke-6
M.ROSLI - Rohu: berat 1.235kg
Tempat Ke-7
APAI - Rohu: berat 1.120kg
Tempat Ke-8
YUSOF K - Patin: berat 1.105kg
Penyertaan peserta: 71 orang
Catatan Popular
-
Pintu masuk ke Kolam Air Masin Loo ng Sang (LS). Tempat istirehat disediakan untuk ke selesaan pengunjung. Salah seorang kaki pancing sedan...
-
BAGI kaki pancing yang berada di sekitar Johor Bahru khususnya di muara Sungai Johor nama Rumah Rakit Tiram Fishing & Resort atau lebih...
-
Bagi kaki pancing sekitar Lembah Klang yang tercari-cari kedai peralatan memancing yang serba lengkap dengan harga berpatutan, ...
-
Ramai kaki pancing teruja memancing di malam hari. Kelihatan ramai kaki pancing sedang mencuba nasib. BAGI kaki pancing tegar udang galah, l...
-
BARU-BARU ini sempat jugak JP menjengah sebuah kolam pancing air tawar dikenali 'Kolam Pak Din' di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur....
-
30 Bersama Komuniti 1Malaysia ingin memaklumkan bahawa Pertandingan Memancing 2013 yang akan berlangsung di Pantai Bersih Bagan Ajam, ...
-
Sila klik flyer diatas untuk melihat paparan berskala besar
-
RUMAH Rakit Tiram Fishing & Resort atau lebih dikenali 'Rakit Atan' sememangnya cukup dikenali sebagai salah satu destinasi mem...
-
Bagi para penggemar ikan kelah khususnya di sekitar Lembah Kelang, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi jauh hingga ke...