Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

02 November 2008

Patin angkat Amirul juara termuda Jackpot


“Saya tidak menyangka sama sekali dapat menjuarai jackpot bulanan pada kali ini. Syukur alhamdulillah. “Pada mulanya saya agak tertekan juga memandangkan jumlah penyertaan peserta agak ramai apatah lagi ramai yang bertanding terdiri daripada mereka yang jauh berpengalaman dan sudah memenangi pelbagai pertandingan. "Itulah kata Amirul Mohamad, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Jalan Ipoh yang muncul juara Jackpot bulan Oktober kolam Pancing Ruskijang Park selepas menaikkan ikan patin seberat 1.860kg dengan mengenepikan 70 peserta lain.

Amirul, juara termuda memenangi jackpot bulanan di kolam ini kelihatan ceria dan berkongsi kegembiraan bersama ayah dan datuk tersayang ketika menerima hadiah kemenangan selepas sekian lama tidak merasai kedudukan terbaik ketika menyertai sebarang pertandingan sebelumnya. Berikutan kejayaan ini, Amirul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 yang disampaikan pengusaha kolam, Hamzah Idrus. Tempat kedua pula menjadi milik Baktiar sementara Salam mengungguli tempat ketiga. Baktiar dan Salam masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM250.

Bagi Hamzah, penyertaan dikalangan pemancing pada kali ini agak tinggi berbanding pertandingan jackpot beberapa bulan sebelumnya. “Sebenarnya saya agak terkejut juga jumlah peserta yang menyertai jackpot bulan ini memandangkan pada waktu pendaftaran jam 6.30 petang kehadiran mereka cuma sekitar 30 orang sahaja. Namun ia meningkat sedikit demi sedikit sehingga memenuhi setiap sudut kolam. “Apa pun, ini adalah satu perkembangan baik dan kami ingin ucapkan terima kasih atas komitmen diberikan setiap pemancing yang datang bertanding. Di pihak kami sebagai penganjur, ia akan menambahkan lagi semangat kami untuk menjadikan pertandingan jackpot di kolam kami antara terbaik di Lembah Klang.

KEPUTUSAN PENUH
JACKPOT BULANAN (1 NOVEMBER 2008)
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK

Juara (RM1,000.00)
AMIRUL - Patin: berat 1.860 kg
Naib Juara (RM500.00)
BAKTIAR - Pacu: berat 1.800kg
Tempat Ke-3 (RM250.00)
SALAM - Pacu:berat 1.430kg
Tempat Ke-4
AKMAL - Lekoh: berat 1.335kg
Tempat Ke-5
HAIKAL- Pacu: berat 1.275kg
Tempat Ke-6
M.ROSLI - Rohu: berat 1.235kg
Tempat Ke-7
APAI - Rohu: berat 1.120kg
Tempat Ke-8
YUSOF K - Patin: berat 1.105kg

Penyertaan peserta: 71 orang

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...