BERKAT tanpa mengenal erti putus asa dan tidak gentar dengan saingan diterima daripada pemancing berpengalaman, anak jati Kemensah, Pak Dol akhirnya mampu memecah kebuntuan apabila berjaya menundukkan keperkasaan tongsan dan seterusnya muncul juara dalam pertandingan jackpot Bulanan Kolam Ruskijang Park dekat Hulu Klang malam tadi.
Pak Dol yang dianggap 'otai' dikalangan para pemancing tetap di kolam tersebut nyata tidak mampu mengungkap kata-kata selepas mendaratkan ikan bertaraf 'raja' ini yang beratnya 4.645 kilogram sekaligus menolak pendahulu ketika itu, Din Kueh, seorang peniaga yang terdahulu memulakan langkah bergaya dengan menaikkan ikan lekoh seberat 2.730 kilogram.