Sumber Foto: badungcamp.fotopages.com/
BAGI kaki pancing, lagi jauh menjelajah maka lagi jauh pengalaman. Barangkali tidak salah jika anda merancang makan angin ke utara Semenanjung, mungkin ada baiknya Kolam Memancing Bukit Gantang dijadikan lokasi persinggahan sementara dalam percutian anda.
Terletak di utara negeri Perak, kolam ini yang semakin menjadi siulan dikalangan kaki pancing telah dibuka pada detik hari kemerdekaan negara tahun lalu iaitu 31 Ogos 2008. Operasinya dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Kolam ini menawarkan pelbagai jenis spesis ikan tawar termasuk rohu, patin, lampam, lekoh, keli dan sebagainya.
Keterangan lanjut boleh hubungi orang kuat kolam ini, Zamrud di talian : 013-5310909.