Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "like" FB Page Joran Pancing

Sila login masuk ke akaun facebook anda atau buka dalam Internet Explorer untuk melihat paparan Page FB Joran Pancing

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

Siri Akhir Jelajah Pancing KL di Tasik Titiwangsa 26 Dis 2016

Wajah Para Pemenang Utama Jelajah Pancing KL di Tasik Ampang Hilir

Blog Direktori Memancing

25 Mac 2009

Cabaran Pantai Batu Hitam tawar hadiah melebihi RM100,000 untuk dimenangi!


RAHMAT Fishing Management dan Jetson Yong Enterprise akan menganjurkan pertandingan 'Cabaran Memancing Pantai Batu Hitam' seperti berikut:

Tarikh:
29 Mac 2009 (Ahad)

Waktu Pertandingan:
9.00 pagi hingga 1.00 petang

Waktu Daftar Masuk:
Boleh dibuat di Kedai Jetson Yong Enterprise, Jalan Mahkota atau di khemah urusetia pada jam 8.00 malam sebelum hari pertandingan

Yuran:
RM90.00/1 joran

Lokasi Pertandingan:
Pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan, Pahang

Menurut penganjur utama, Encik Rahmat Chik (foto), tujuan pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat memancing dikalangan lapisan masyarakat selain menjadikan Pahang khususnya di Beserah sebagai destinasi sukan memancing di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya telah pun menerima permohonan untuk menyertai pertandingan daripada para pemancing dari dalam dan luar negara khususnya Singapura.

"Bersempena pertandingan ini, pihak kami telah menyediakan tali brainded sepanjang 300 meter bernilai RM81,000 kepada 1,000 peserta terawal mendaftarkan diri yang menggunakan sama ada kekili atau joran berjenama Surecatch. "Kami berharap dengan sokongan penajaan daripada Siow Chiang (M) Sdn. Bhd dan Jetson Yong Enterprise yang menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM100,000 akan mampu menarik perhatian dikalangan para pemancing dan masyarakat setempat untuk berkunjung ke Pantai Batu Hitam pada hari pertandingan nanti, ujarnya.

Rahmat yang cukup dikenali dikalangan para pemancing laut dalam menambah, selain hadiah utama untuk dimenangi, para pemancing yang akan mengambil bahagian turut berpeluang memenangi hadiah menarik berupa joran pantai 14' berjenama Prokat dalam aktiviti cabutan bertuah.

HADIAH UTAMA
Juara: RM15,000 + kekili Tiburon USA bernilai RM1,104
Tempat Ke-2: RM7,000 + joran pantai ATC bernilai RM650
Tempat Ke-3: RM3,000 + joran pantai ATC bernilai RM500
Tempat Ke-4: RM1,000 + joran pantai Prokat bernilai RM260
Tempat Ke-5: RM500 + joran pantai Prokat bernilai RM250
Tempat Ke-6: RM200 + joran pantai Prokat bernilai RM240
Tempat Ke-7: RM200 + kelili SFR985 bernilai RM190
Tempat Ke-8: RM200 + kekili SFR985 bernilai RM185
Tempat Ke-9: RM200 + kekili PUF380 bernilai RM150
Tempat Ke-10: RM200 + kekili PUF360 bernilai RM140
Tempat Ke-11: RM100 + joran pantai MTS bernilai RM99
Tempat Ke-12: RM100 + joran pantai MTS bernilai RM99
Tempat Ke 13-15: RM100 + kekili BR450 bernilai RM79
Tempat Ke 16-25: RM50 + hamper
Tempat Ke 26-30: hamper

Sebarang maklumat lanjut berhubung pertandingan ini, sila hubungi Rahmat [019-9312777, 013-9559333] atau Jetson Yong Enterprise [09-5132666]

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...