Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

21 Mac 2009

Kolam Delta Bersatu Lipis gegar Jackpot petang ini!

KOLAM Pancing Delta Bersatu yang terletak di Kampung Kuala Lanar dekat Kuala Lipis, Pahang meneruskan kesenimbungan programnya apabila akan menganjurkan Jackpot Mingguan pada petang ini.

Kakitangan kolam yang mahu dikenali sebagai abang Tahir ketika ditemui berkata, jackpot tersebut akan berlangsung mulai jam 4.00 petang dan berakhir 7.00 malam. Setiap peserta yang ingin menyertai jackpot pada setiap minggu hanya dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM25.00 setiap joran.

"Di kolam ini, hadiah kemenangan berbeza sedikit dengan kolam-kolam lain. Kita tidak mengutamakan juara. Disini, mana-mana pemancing yang berjaya mendaratkan ikan terawal akan menerima hadiah tertinggi iaitu sebanyak RM100 diikuti RM60 dan RM40. Jika ada lagi ikan berjaya dinaikkan selepas itu, setiap pemenang akan menerima RM30 hinggalah tempoh jackpot berakhir," ujarnya secara ringkas.

Kolam tersebut terletak kira-kira 3km dari pusat bandar Lipis.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...