Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

05 April 2009

Ikan mogok buat 'raja umpan' putih mata

Zulkifli buat kejutan ketepikan raja umpan.

PADA minggu ini, boleh dikatakan ramai ‘Raja Umpan’ atau lebih dikenali sebagai pemancing yang memiliki kepakaran membuat umpan power hadir mengambil bahagian dalam pertandingan Jackpot Kolam Pancing Ruskijang Park Kemensah yang berakhir sebentar tadi.

Berbekalkan umpan yang lazimnya mampu menarik perhatian ikan khususnya tongsan dan patin, Raja-Raja Umpan seperti Ramri, Shahril, Din Kueh, Farazi, Shamsuddin, Kadri, Ismail dan Hasnan awal-awal lagi sudah memberi amaran awal kepada pemancing lain bahawa kejuaraan minggu ini bakal menjadi milik mereka. Bagaimanapun, segala yang dihajati tidak kesampaian apabila spesis seperti tongsan seolah-olah mogok dan enggan menyentuh umpan mereka sehingga masa jackpot berakhir.

Pemancing regular di kolam ini, Zulkifli yang tidak diletakkan sebagai pilihan mampu menguntum senyuman apabila rentapan dua puluh lima minit sebelum pukul 12.30 pagi telah mendaratkan ikan tongsan seberat 3.890 kg dan sekaligus diistytiharkan sebagai juara minggu ini biarpun disaingi hebat pada saat akhir oleh Adi Cepoi yang berjaya menaikkan ikan patin namun gagal mengatasi berat tongsan milik Zulkifli.

Dengan kemenangan ini, Zulkifli dari Semarak, Kuala Lumpur berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500 manakala Adi mengenggam RM250.

KEPUTUSAN PENUH
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK

Juara (RM500.00)
ZULKIFLI - Tongsan: berat 3.890 kg
Naib Juara (RM250.00)
ADI CEPOI
-Patin: berat 1.125 kg
Tempat Ke-3 (RM130.00)
NIK S - Talapia Merah: berat 0.580 kg
Tempat Ke-4
ROSTAM - : Talapia Merah: berat 0.510 kg
Tempat Ke-5
ANUAR - Baung: berat 0.485 kg
Tempat Ke-6
YAP - Talapia Merah: berat 0.455 kg
Tempat Ke-7
PAK MAN - Baung: berat 0.450 kg
Tempat Ke-8
ZUL Y - Baung: berat 0.360 kg
Tempat Ke-9
OMAR - Keli: berat 0.255 kg
Tempat Ke-10
NIZAM - Keli: berat 0.255 kg

Penyertaan peserta: 73 orang

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...