PAPARAN TERBAIK GUNA FIREFOX
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera
Selamat datang ke blog JoranPancing.blogspot.com
Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand mahupun Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

09 November 2009

Hajat 7 otai Ruskijang Park gapai juara tidak kesampaian

Kelihatan 7 ahli Ruskijang Fishing Park Pro Club Kemensah sempat bergambar kenangan semasa menyertai pertandingan di Sevenlakes, Beranang.
Ahli kelab paling bongsu, Haikal sedang memerhati ke arah kolam semasa berehat seketika.
SERAMAI tujuh orang ahli Kelab Ruskijang Fishing Park Pro Club, Kemensah telah mengambil bahagian di dalam pertandingan memancing di Beranang, Selangor baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Kolam Pancing Sevenlakes itu menawarkan hadiah RM30,000.00 buat juara.

Bagaimanapun, nasib ahli delegasi kelab itu terutama yang dianggap 'otai' untuk meraih kedudukan terbaik dalam pertandingan tersebut tidak kesampaian apabila spesis ikan yang dipertandingkan gagal 'meragut' umpan mereka.

Seorang ahli kelab yang enggan namanya disebut berkata, kehadiran mereka menyertai pertandingan itu lebih terarah untuk mengenali lokasi pertandingan sambil beramah mesra dengan kaki-kaki pancing yang mengambil bahagian. Tambahan pula lokasi kami ketika mengambil bahagian kelihatan kurang 'ummp' sehingga gagal menaikkan sebarang spesis ikan.

"Jika ditakdirkan kami datang lagi untuk menyertai pertandingan disini, kami sudah tahu bagaimana untuk memastikan kami tidak pulang hampa dan sekurang-kurangnya menduduki meraih kedudukan terbaik. Kalah menang tu, adat bertanding le!,"ujarnya.

Sebahagian kaki pancing yang bertanding dalam pertandingan memancing anjuran Kolam Sevenlakes."Alahai ikan, cepat le makan umpan power aku ini," barangkali itulah seloroh kaki pancing dikenali Kadri.

0 ulasan: