TUAH Ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah peristiwa yang dirasai kaki pancing bernama Ramri, anak kelahiran Sarawak apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Jackpot Bulanan Ruskijang Park dekat Kemensah, Hulu Klang sebentar tadi.
Ramri yang kebiasaannya sering fokus ketika bertanding dan tidak senang duduk andai umpan tidak disentuh ikan berjaya mendaratkan spesis tongsan seberat 4.495kg yang sekaligus meluntur terus cabaran 61 peserta lain yang mengambil bahagian.
"Sebenarnya pada kali ini saya lebih bersedia untuk bertanding. Pada minggu lepas, saya memancing sekadar ala kadar kerana bekalan umpan yang agak terhad. Tetapi malam ini, soal itu tidak timbul lagi.
"Cuma yang dibimbangi tadi sama ada ikan akan meragut umpan saya atau tidak. Mulanya saya agak tension juga bila lihat ikan seolah-olah enggan makan umpan apatah lagi kolam dilanda hujan renyai-renyai. Boleh dibilang jari beberapa orang yang berjaya menaikkan ikan, hampir tiga jam lamanya suasana sebegitu.
"Namun saya tidak berputus asa, saya terus mencuba. Dalam hati, apa nak jadi-jadilah...selebihnya saya bertawakal. Tidak lama kemudian, saya nampak tali pancing kendur membuatkan saya lebih bersedia. Apabila ia kendur kali kedua dan 'masmelo' tenggelam terus saya sentap sambil berlari ke belakang. Rupa-rupanya tongsan telah memakan umpan.
Itulah spesis pertama yang berjaya dinaik, kemudian terus dibawa untuk ditimbang selepas mendapat pengesahan 'bol' oleh urusetia, Selepas itu, umpan saya sekali lagi mengena. Saya berjaya menaikkan spesis yang sama tetapi ia jauh lebih berat. Ikan kedua itulah yang membolehkan saya menjadi juara malam ini," ujar Ramri dengan nada gembira ketika ditanya JP.
Ekoran kemenangan itu, Ramri berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 sambil diikuti rapat seorang lagi rakan baiknya, Edy yang turut mendaratkan spesis yang sama seberat 3.740kg dan tempat ketiga pula disandang oleh Farazi.
Meskipun berjaya memenangi pertandingan pada minggu ini, namun ia belum cukup buat Ramri merampas kedudukan keseluruhan pertandingan jackpot bulan Oktober yang menjadi milik Pak Man. Beliau berjaya mendaratkan ikan keli seberat 5.235kg mengenepikan cabaran pemenang tempat kedua dan ketiga yang diraih Din Kueh dan Ramri.
KEPUTUSAN PENUH JACKPOT BULANAN RUSKIJANG PARK
Juara (RM1,000.00)
RAMRI – Tongsan: berat 4.495 kg
Naib Juara (RM500.00)
EDY- Tongsan: berat 3.740kg
Tempat Ke-3 (RM250.00)
FARAZI- Tongsan: berat 3.530kg
Tempat Ke-4
DIN KUEH - Tongsan: berat 3.425kg
Tempat Ke-5
AIMAN - Lekoh: berat 3.370kg
Tempat Ke-6
AIZAM – Tongsan: berat 3.350kg
Tempat Ke-7
ASANUDIN – Lekoh: berat 2.730kg
Tempat Ke-8
FARAD - Lekoh: berat 2.155kg
Tempat Ke-9
NIK S – Patin: berat 1.240kg