Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

07 Februari 2016

Badrul Hisham dinobat juara Jelajah Pancing KL 2015/16


KEMUNCAK pusingan akhir Jelajah Pancing Kuala Lumpur 2015/16  menyaksikan Mohd Badrul Hisham yang memiliki tag bernombor 4937 dinobatkan selaku juara selepas berjaya mendaratkan ikan patin seberat 7.265kg yang berakhir di Taman Tasik Titiwangsa tengahari tadi.

Dengan kejayaan ini, Mohd Badrul membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. Mengikuti rapat di tempat kedua dan ketiga ialah pemancing berketurunan India, Samy  dan Wan Nor Azhar yang masing-masing menaikkan ikan patin dan sekaligus mengondol RM3,000 dan RM1,000.

Bagi kategori khas keli, tiga pemenang iaitu Basril, Hasbullah dan Shahril Azmil berjaya mendominasi kedudukan tempat pertama hingga ketiga.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio Ekonomi), Datuk Haji Mohd Saufi Muhammad. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, YM Tuan Idzawi Raja Ismail. 

Lebih 1,000 kaki pancing seluruh negara telah mengambil bahagian pada pertandingan itu yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.



Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...