Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

Awang Isa Mamat juara Memancing bersama Jejak Suci

Awang Isa Mamat juara Memancing bersama Jejak Suci
Awang Isa Mamat (tengah) dari Gua Musang muncul juara Memancing bersama Jejak Suci yang berlangsung di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun pada semalam. Kejayaan ini membolehkan Awang Isa membawa pulang wang tunai sebanyak RM40,000. Bagi tempat kedua dan ketiga, ia disandang oleh Fakhrul (bert'shirt putih) dari Melaka dan Mohd Khairol dari A.M.B.S. Dungun. Masing-masing berjaya meraih wang tunai RM7,000 dan RM3,000.

Pertandingan Memancing Terbuka sempena Pesta Konvo UMP 11 Nov 2017

Pertandingan Jelajah Pancing KL di Tasik Metropolitan Kepong 26 Nov 2017

Blog Direktori Memancing

14 Ogos 2017

1,126 kaki pancing gegar Jelajah Pancing KL di Tasik Metropolitan Kepong


Pertandingan memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang diadakan di Taman Tasik Metropolitan dekat Kepong pada semalam berjaya menarik penyertaan seramai 1,126 kaki pancing.
Ini merupakan salah satu jumlah penyertaan teramai pernah dicatat sejak ia mula diperkenalkan.

Pada pertandingan kali ini, Razman Abu Hassan telah dinobatkan sebagai juara dan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000.

Beliau yang memiliki pengalaman memancing selama lima tahun berjaya mendaratkan ikan patin seberat 12.235kg pada jam 9.26 pagi.

Tempat kedua dan ketiga disandang Mohamad Ridwan dan Molik Yaakub yang masing masing-masing menaikkan ikan belida seberat 5.695kg dan 5.665kg. Kedua-duanya menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan RM1,000.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongandan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Encik Zaharudin Dato' Haji Basiron dan Pengerusi Eksekutif UFL, Dato' Haji Malek Noor.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...