Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

17 Mei 2016

Cabaran Laut dan Pantai bergegar di Port Dickson


Bersempena Festival Pantai Port Dickson, dua kategori cabaran memancing akan dipertandingkan iaitu Laut dan Pantai yang diadakan pada 28 & 29 Mei ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bergelar juara. Hadiah juara Laut (RM5,000) dan Pantai (RM12,000) 

Yuran kategori Laut hanya dikenakan sebanyak RM30/ sejoran 2 mata terbuka dan Pantai RM50.

Bagi kaki pancing yang ingin membuat bayaran secara online juga boleh berbuat demikian sekarang. Sila whatsapp +6012 2846 811.

16 Mei 2016

Jom buru RM30,000 menjelang puasa bersama JEJAK SUCI


Game Memancing bersama JEJAK SUCI kini kembali lagi..Kali ini sempena Selamat Berpuasa pada 27 Mei 2016. Jom  kawan-kawan semua kita buru RM30,000.

Yuran cuma RM79 dan dapatkan 500 t'shirt percuma untuk pendaftaran awal. Info lanjut, contact Cikgu Nasir 013-9233299.

14 Mei 2016

Senarai 10 pemenang utama Pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Tasik Ampang Hilir


SENARAI PARA PEMENANG
JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR 2016
Tarikh: 14 Mei 2016
Lokasi: Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur

Juara
AZMI BIN YAAKOB - Patin;  15.145kg
Tempat Ke-2
ISHAK - Patin:  12.720kg
Tempat Ke-3
USOP HUDLOR - Patin: 9.570kg
Tempat Ke-4
KAIL SEJENGKAL -  Toman: 8.920kg
Tempat Ke-5
BADRUL HISHAM - Patin: 8.410kg
Tempat Ke-6
AYIN - Patin: 7.590kg
Tempat Ke-7
FOQ PACAK - Patin: 7.405kg
Tempat Ke-8
ASRI - Patin:  5.580kg
Tempat Ke-9
KHAIRUL - Patin: 5.095kg
Tempat Ke-10
DMAS - Patin: 4.835kg






Jelajah Pancing Kuala Lumpur 2016 Edisi Tasik Ampang Hilir

Patin mengamuk di Tasik Ampang Hilir hari ini

Patin seberat 15.14kg julang nama Azmi Yaakob juarai Jelajah Pancing KL hari ini


OTAI Pancing, Azmi Yaakob muncul juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir  apabila berjaya mendaratkan seekor ikan patin seberat 15.145 kg  pada saat-saat semboyan penamat mahu berbunyi tengahari tadi.

Beliau berjaya mengenepikan cabaran Ishak yang sebelum itu mendahului pertandingan dengan tangkapan ikan patin seberat 12.720 kg pada jam 8.38 pagi sambil disaingi Usop Hudlar juga dengan ikan patin seberat 9.570 kg pada jam 10.25 pagi.

Kejayaan ini membolehkan Azmi membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM6,000 diikuti Ishak (RM3,000) dan Usop (RM1,000)

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), YM Tuan Idzawi Raja Ismail. . Turut hadir ialah pegawai tertinggi  jabatan DBKL dan wakil penaja.


Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...