Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

14 Mei 2016

Patin seberat 15.14kg julang nama Azmi Yaakob juarai Jelajah Pancing KL hari ini


OTAI Pancing, Azmi Yaakob muncul juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir  apabila berjaya mendaratkan seekor ikan patin seberat 15.145 kg  pada saat-saat semboyan penamat mahu berbunyi tengahari tadi.

Beliau berjaya mengenepikan cabaran Ishak yang sebelum itu mendahului pertandingan dengan tangkapan ikan patin seberat 12.720 kg pada jam 8.38 pagi sambil disaingi Usop Hudlar juga dengan ikan patin seberat 9.570 kg pada jam 10.25 pagi.

Kejayaan ini membolehkan Azmi membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM6,000 diikuti Ishak (RM3,000) dan Usop (RM1,000)

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), YM Tuan Idzawi Raja Ismail. . Turut hadir ialah pegawai tertinggi  jabatan DBKL dan wakil penaja.


Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...