Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

13 Mei 2016

Selamat bertanding buat peserta Jelajah Pancing KL awal pagi esok


Sesi daftar awal Jelajah Pancing KL berjalan lancar petang tadi


Suasana pendaftaran awal Jelajah Pancing Kuala Lumpur telah berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir bermula jam 3 petang tadi. Boleh dikatakan perjalanan sesiin berjalan dengan lancar meskipun hujan turun buat seketika.

Memancing bersama JEJAK SUCI sempena Selamat Berpuasa bakal bergegar 27 Mei 2016

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

Jom serbu kaunter daftar awal Jelajah Pancing KL di Ampang Hilir mulai 3 petang ini


Mulai 3 petang ini hingga 12 malam, kaunter pendaftaran awal akan dibuka untuk kaki pancing yang ingin menyertai Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Taman Tasik Ampang Hilir.

Ayuh...jom serbu ramai-ramai ke khemah urusetia nanti. Yuran Penyertaan RM30/ satu joran dua mata. Jumpa di sana......!!!

11 Mei 2016

Pelepasan ikan ke Tasik Ampang Hilir semalam sempena Jelajah Pancing KL


Pada tengahari semalam pihak penganjur Jelajah Pancing Kuala Lumpur telah melakukan pelepasan ikan ke dalam Tasik Ampang Hilir yang disempurnakan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, YM Tuan Idzawi bin Raja ismail dan wakil penaja bersempena pertandingan itu Sabtu ini (14 Mei 2016).

Jangan lupa kawan-kawan pancing untuk mendaftar awal Jumaat ini bermula jam 3 petang hingga 12 malam diikuti keesokkannya dari jam 6 pagi hingga masa pertandingan. Jumpa ke sana.....!!

10 Mei 2016

Jom daftar secara online untuk sertai Cabaran Memancing Pantai Port Dickson


Cabaran Memancing Kategori Pantai sempena Festival Pantai Port Dickson bakal berlangsung pada 29 Mei 2016. Buat kaki pancing yang ingin mendaftar awal boleh melakukan bayaran secara online ke akaun bank yang tertera dengan yuran sebanyak RM50 sahaja. 

Setelah selesai membuat pembayaran, sila whatsapp slip bank ke no. +6012 2846811 dan bawa salinan asal masa bertanding untuk pengesahan. Tarikh akhir bayaran secara online ini pada 25 Mei 2016; jam 12.00 malam.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...