Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

30 Jun 2009

Fishing & Outdoors Show ditunda ke tarikh baru

FAIRS & EVENTS Management ingin mengumumkan bahawa Fishing and Outdoor Show 2009 yang dijadual berlangsung di Pusat Membeli Belah Mid Valley, Bangsar, Kuala Lumpur pada 3 - 5 Julai ini telah ditunda.

Ketua Pegawai Eksekutif, Jonathan Kan Thai Kim dalam satu kenyataan berkata, penundaan ini dibuat berikutan masalah kemelesetan ekonomi yang melanda sekarang ditambah lagi ramai dikalangan pembekal dan pengusaha yang mengambil bahagian di Fishing and Outdoor Show terpaksa menghadkan belanjawan promosi.

"Sebenarnya kami mengambil masa yang panjang untuk menyediakan program ini dan merancang pelbagai aktiviti yang pasti menarik ramai kaki pancing.

"Sehubungan ini, kami akan memaklumkan tarikh dan lokasi baru bagi program ini secepat mungkin dan kami juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua kaki pancing yang memberi sokongan padu," ujarnya.

Sila klik kenyataan disini.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...