Razman Razlan...pemilik KNE Temau.
Suasana sekitar Kolam Pancing KNE Temau ketika dijengah.
Seorang kaki pancing dikenali Sham sedang memancing keseorangan.
Kolam kecil yang terletak di kiri kolam utama.
Kelihatan kaunter bayaran yang sudah tidak digunakan lagi di kolam KNE Temau.
Seorang kaki pancing dikenali Sham sedang memancing keseorangan.
Kolam kecil yang terletak di kiri kolam utama.
Kelihatan kaunter bayaran yang sudah tidak digunakan lagi di kolam KNE Temau.
MENYEBUT sahaja nama Kolam Pancing KNE Temau, mungkin ramai kaki pancing di kawasan Dong, Pahang dan sekitarnya pernah melayan karenah ikan-ikan di kolam ini. Namun disebabkan beberapa faktor tidak dapat dielakkan maka kolam tersebut terpaksa menutup operasinya hampir setahun lamanya.
Kelmarin, penulis berpeluang menjengah ke kolam itu dan tanpa disangka-sangka turut menemui pemilik kolam yang kebetulan datang ke kolam semata-mata memenuhi permintaan seorang pengunjung tetap yang mahu memancing.
Sewaktu memasuki kawasan kolam, penulis mendapati keadaannya teratur, bersih dan kelihatan sesekali ikan timbul dipermukaan air. Barangkali sudah mengetahui kehadiran tuan empunya dan orang yang hendak memancing.
Menurut pemilik kolam Pancing KNE Temau, Encik Razman Razlan, kolam tersebut dibuka kepada orang ramai pada tahun 2002 ekoran permintaan orang ramai yang datang ke situ disamping idea pemiliknya sendiri yang mahu meluaskan skop operasi perniagaannya yang ketika itu mengusahakan perniagaan ternakan ikan.
Selain sebuah kolam yang agak besar, terdapat juga sebuah kolam kecil yang terletak bersebelahannya. Antara spesis ikan yang ditawarkan di kolam ini ialah rohu, patin, lekoh dan tongsan.
"Selepas beberapa lama beroperasi, kami mengadakan pula pertandingan jackpot yang diadakan pada setiap minggu. Mulai saat itulah, kolam ini menerima kunjungan luar biasa dikalangan kaki pancing. Pada masa yang sama, kami juga menyediakan kemudahan lain termasuk gerai untuk kemudahan kaki pancing,"ujarnya.
Bagaimanapun perniagaan kolam memancing tidak bertahan lama apabila kemelesetan ekonomi yang melanda seluruh dunia terutama pasaran harga getah yang menurun mengakibatkan bilangan ramai kaki pancing secara tiba-tiba berkurangan.
"Ekoran kemelesetan ekonomi disamping ketika itu kami membuka sebuah restoran di kawasan bandar menyebabkan kami mengambil keputusan untuk menutup sahaja kolam pancing kepada orang ramai sehinggalah ke hari ini.
Ketika ditanya sama ada kolam pancing itu akan dibuka atau tidak pada masa depan, Razman tidak menjanjikan sebarang jawapan walaupun ramai kaki pancing ada menghubunginya supaya ia dibuka semula.